Sunday, May 15, 2011

guru penjana transformasi pendidikan negara.

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.



special entry sempena hari guru. sebab aku bakal guru. insyaAllah. untuk kawan kawan tercinta, junior junior tersayang dan juga senior senior yang terkasih. selamat hari guru diucapkan. moga-moga kita akan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

banyak kisah dan kes yang melibatkan guru. jadi, yang buruk jadikan pengajaran yang baik jadikan pegangan. 

ikrar guru


Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

ikrar tu penting. amanah yang tersangkut kat bahu ni sangat berat. berat sangat tanggungjawabnya. kadang kadang kita lupa. pada janji yang telah kita buat. pada diri. pada bangsa. pada negara. dan pada Nya. jadi, pada yang ingat sila ingatkan mereka yang lupa.  


lagu

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

lagu ni dah hafal sangat. sepanjang 3 tahun di IPG, lagu ni dah jadi macam lagu wajib. hey. aku bangga nyanyi lagu ni. kau? lagu ni pon dah macam aku janji kan? hee.

ok.

kepada guru guru yang pernah mengajar seorang aku sehingga jadi seorang insan , aku ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih. budi dan tunjuk ajar yang dicurahkan sepanjang aku menjadi murid dan pelajar memang tak dapat aku balas. halalkan semua yang telah dicurahkan. hanya doa dan ingatan tulus ikhlas buat guru guru yang dicintai.

mungkin ucapan aku tak sehebat dan sepanjang kau. tapi aku adalah aku.
untuk ayah Cikgu Shamsudin bin Dahalan. selamat hari guru!

aku tempelkan satu rangkap sajak dari sasterawan negara USMAN AWANG yang memang meninggalkan impak yang besar pada semua.


.SELAMAT HARI GURU.



sama sama berusaha! 3 FORTE. kuat dan lantang.

0 comments:

Post a Comment