Monday, May 2, 2011

cinta syaza tak mahu dihurai oleh shaza..

asalamualaikum dan selamat lewat malam.

muahahaha. ini novel lama ya adik adik, kawan kawan, teman teman. di rembat dari rak buku POPULAR terminal 1 seremban sebab tajuknya yang seakan akan nama ku! eksaited?? WAJIB. baca buku ni sekali je. tapi ulang baca berkali2 tak terkira. hee.


nah2. ni sinopsis beliau.


Syaza, gadis tomboy yang ceria, seorang sahabat yang sentiasa disenangi oleh Najwan dan Daniel kerana kejujuran dirinya. Tanpa disedari, Arif, anak majikannya juga cuba menagih cintanya. Pengalaman pahit yang dilalui ibunya membuat Syaza sukar untuk membuka pintu hati kepada insan yang bernama 'lelaki'. Peristiwa hitam mengubah segala-galanya apabila syaza dan Najwan terpaksa bernikah dengan satu perjanjian sebagai syarat. Namun kerana ego yang tercabar, Syaza digantung tidak bertali. Syaza terluka lalu membawa diri.



Syaza muncul kembali dengan perwatakan seorang gadis bertudung. malah, keayuannya yang terserlah membuat Najwan cuba menawan hatinya semula. Tanpa disedari, ada rasa cinta yang bertunas walaupun Syaza puas menidakkannya. Pada saat kasih kian bersemi, malang tidak berbau apabila Najwan terlibat dalam sebuah kemalangan.


hadirnya Daniel pada saat syaza berduka mengembalikan harapan syaza untuk menerima cinta setelah kehilangan insan tersayang. Daniel mula menganyam mimpi-mimpi yang indah bersama Syaza. kehadiran orang ketiga menggugat impian mereka untuk bersama. Mampukah Syaza mengecapi kebahagian setelah mengharungi pelbagai dugaan?



hah!!ape yang jadikan si najwan tu gantung syaza tak bertali?hesh.tu lah. dun judge a book by its cover ye lain kali. masa yang diberi tu terbuang sia sia.

siapa pulak orang ketiga tu?? cuba gtawu sket. tettt. takmo ok. ahaha.

syaza kawin dengan daniel tak? siapa danish najwan dan dayini najwa? haaaa. siapa2?

tettt.

kikiki.mendera perasaan tak??


0 comments:

Post a Comment