Thursday, June 30, 2011

semak? sibuk?

asalamualaikum wbt.

selamat petang. short entry.

rindu pada si kekasih hati, ADAM.

ok. short and simple entry.

busy 4 the whole month. tetiap minggu ada hal. apa kes. hee.. tanggungjawab sister!

pada yang hack aku. kau sila pergi ****. terima kasih.

pada yang dengki aku, kau sangat baik. sayang kau.

btw, enemy is the most bestfriend. HAHA! GTH.

p/s ; aku tengah emo atau ego? ok. task korang, cari maksud emo dan ego. linguistik linguistik!

si manusia yang kalah.

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

hai. ini update via acer tercinta aku. hidup pulak dia malam ni. tima ada kerja nak buat, time tu lah dia nak hidup. tq yea acer ku! ahaha.

ok. esok mengundi, lusa meeting. sabtu larian apa tah.1.5km je kot. lepas tu kena pergi bengkel penulisan kreatif. ahad rehat kot. minggu depan, 8,9,10 julai akan ke UITM shah alam. untuk KOGUM. konvensyen guru muda. haih. bila nak balik pd? takpe. ada lah sebabnya kenapa tak dapat balik PD ni. kan?

ok. losers! yeah! kau! loser! ahaha. ehh. kalau orang panggil kau loser kau marah tak? marah? hee. aku pun marah. serious. tapi, kalau tak jadi loser, takda lah orang yang berjaya. kan? betul ke? yelah. kalau tak pernah nak berada di bawah, kita takkan usaha untuk berada di atas. 

yeah. kadang kadang kita rasa macam rendah sangat bila berada di bawah. sebab tu lah. sebab tu adalah satu cara untuk kita berusaha dengan lebih keras untuk berada pada tahap yang lebih tinggi. untuk capai kejayaan. kan?

orang yang tak pernah rasa susah, adalah orang yang rugi. sebab tak dapat rasa nikmat kesusahan hidup. siapa yang kata susah tu bala? memang lah. booo sama itu orang. kesusahan tu salah satu nikmat hidup. hehe. dan, kemenangan atau kejayaan tu pulak adalah salah satu pendorong untuk lebih berjaya. TAPI, kalau dah berjaya,  lepas tu jadi besar kepala, memang cepat jelah tuhan tu tarik balik kejayaan tu. kan tuhan tu maha adil. dan juga maha mengetahui. 

kalau Dia bagi ujian yang sangat berat, bukan bermakna Dia benci kita. TAPI, Dia sangat sangat sayang akan kita. kenapa macam tu? eh! LU FIKIRLAH SENDIRI. tuhan tu dah bagi otak untuk fikir kan?

hah. apa kebaikan merokok? haah! betul. untuk awet muda. sebab KAU AKAN MATI MUDA. tak sempat nak beruban pun. eh. fikir sendiri lah!

btw, ada phone, sila campak kat lombong.!!

p/s ; penat je lately ni. haih! kena minum pearl kacip fatimah ke? aduyai! anyone?

Tuesday, June 28, 2011

bahasa melayu atau bahasa malaysia?

asalamualaikum wbt dan selamat malam.

hai. berjaya meminjam lappy pipah. meh nak update sikit. hehe. tadi lah. kat kelas puan tuan zainab subjek fonetik dan fonologi. borak punya borak terkeluar cerita pasal bahasa melayu atau bahasa malaysia. ok. apa pendapat korang pasal ni? mana yang korang rasa betul? bahasa melayu ke bahasa malaysia? hehe. ok ok. bahasa melayu is the right one! hello. kalau tak mana pulak datang takkan melayu hilang didunia. kau ada dengar takkan malaysia hilang di dunia? takda kan? ok. takda kaitan. hehe.

puan kata lagi, bahasa tu bukan boleh senang senang nak ada. kena dari berzaman zaman. lama. bukan senang senang je nak wujudkan bahasa ni. ehh. 

aku blur ni!!! sebab dak dak ni borak. aku nak join jap. nanti kita story lagi.

p/s ; eh. best borak ngan kamu. hehe.

Sunday, June 26, 2011

its me again.

asalamualaikum wbt dan selamat malam.

miss me? hehe. baru beberapa hari je tak update. biasalah. lappy problem! haih. elaun! mari datang! mahu beli lappy baru. ahaha. banyak betul ringgit kau ep saza! haih! 

eh. dalam takda duit ni dapat jugak beli seketul novel kat MPH td. stanza cinta. ahaha. nak tengok ceritanya tah bila pula kan. eh! siapa siapa yang ada jumpa novel 7hari mencintaiku, sila roger aku. dah merata tempat aku cari. tak jumpa jumpa. jangan sampai aku cari kat popular kat sunway yang jauh tak ingat tu pulak. haa. hehe.

idea takda dah.

ok.ciao!!

p/s ; ehh. awak. terima kasih lah. kang lappy awak jadi mangsa saya! wakaka.

Thursday, June 23, 2011

what???!!!!!

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.


selamat malam semua. hehehe. ok. apa apa pun takda kaitan dengan tajuk. sebab macam tak tercapai dek akalku apa yang nak dikaitkan dengan kisah terbabit. ok. ni merapu. hee. ehh. esok sambutan hari guru. WHAT? hari guru 16 mei kan? esok 24 jun. apa yang aku rasa sadis sangat sambut lambat-lambat ni. hee. tiba tiba terbayang pulak diri ni dah jadi cikgu kat sekolah. ehh! spec mata baru je yang buat muka aku MACAM garang. tapi aku tak garang ok. lalalalala.


eh. pipah datang bawak chipsmore. habuan! ehh. membazir je berlari 3 round kat tasik UM tadi. lemak yang dibakar tak sampai secubit, kalori yang dimakan melimpah lebih sebesen. haih! 


ehh! dah takda idea. babai idea. sampai hati menjauhkan diri dari aku. sedih aku.




p/s ; eh. aku rasa aku suka kau lah. macam mana ni? apa aku nak buat. tapi aku tak boleh nak jadikan kau hak aku. aku nak kena diamkan aje ke? ke aku perlukan bantuan orang?


p/s 2 ; eh. aku rindu kau.

Wednesday, June 22, 2011

random.

asalamualaikum wbt.


takda kuasa nak berlawan, tapi berkuasa untuk mempertahan.


kalau bukan aku, siapa lagi?


bukan menutup kesalahan, tapi, mempamerkan kekurangan.


bukan mengalah. tapi mengatur starategi yang maha hebat.


sedangkan dengan line broadband pun boleh melatih kesabaran, inikan pulak dengan mulut orang.


kalau dah segalanya di tangan anda, yang mana pula the smarter choice?


sama ke getaran jiwa dengan getaran gegendang telinga?


kalau lagu dan irama dipisah, tak jadi ke?


kalau dah bergegar jatuh tertimpa bintang, tak payah lah.


realiti yang indah atau mimpi yang tak pasti?


aaron aziz yang suami orang pun orang himpit, inikan pulak si teruna idaman. *geligeli*


kulat pun banyak keistimewaan dari orang yang macam tak serupa orang.




p/s ; ape motif ni?

mulut korang kan. macam *&^$$%

asalamualaikum wbt dan selamat petang yang nyaman.


*tak dapat nak uplod gambar bismillah*


haaa. bertemu kembali kita kat ruangan luahan hati ni. ehh. hari ni kelas takda. muahahaha! biasalah. first week lah katakan. boleh enjoy tak ingat dunia lagi. nanti dah masuk 2,3 minggu, tak cukup tanah lah kau nak pergi kelas yang boleh dikatakan packed tu. ehh!!


kan aku dah kata. sem4 ada belajar muzik. dulu aku cakap, tanak caye. hehehe. bagus jugak aku ni. ehh! MUZIK ek? adoyai. kena belajar balik tauge tauge bagai tu. ngee. mengapaaaa!!! aku ingat simibrif yang cenonet tu je. bak kata AMY yang ketuuuuuuuuut tu je. kakakaka. ketut tu kecik katanya. biasalah. bila 3 minggu tak lepak sama sama, macam macam kejadian yang menimpa. yang pasti kejadian yang manis. ehh. kencing manis pulak aku kalau asyik manis je. kikikiki. 


btw, sape sape ada dengar cerita tah pape pasal aku tak? ngeee. apa nak jadi ni? ada tak? bek korang mengaku cepat. kalau tak aku tibai je. haaa. tulah. orang ni suka buat spekulasi tanpa tahu hal yang sebenar. cubalah bertanya kalau tanak bahu kiri kau tu senget dengan fitnah yang kau buat. tak boleh ke? ape yang bes sangat buat cerita pasal orang? ehh. aku ada pernah buat cerita pasal korang ke ha? hesh. payah nak faham betul lah. tu lah manusia. tak boleh nak tengok orang lain sikit dari dia. pada dia, dia lah yang baik. dia lah yang takda salah. dialah perfect. puiiiii!! boleh blah!! *nak marah ni. sabarrr*


ehh. tapi bagus gak kan. ada gak orang yang care pasal aku. muahaha. terima kasih lah kan.  kalau takda korang, takda lah aku ni. siapalah aku ni kan. terima kasih yang tak terhingga ok. lain kali sila lah buat lagi. kikikikiki. 


ehh!apa yang susah sangat nak cari lagu yang akak aku post kat wall FB aku tu. adoi! sapa ada? bagi kat aku. urgent. tak tahu lagu tu? tulah. sape suruuh tak tengok IMAM MUDA. kikiki.




p/s ; kl gangster TERBAIK! ehh. aku ni memang tak kesah hal orang. tapi jangan buat sampai aku kesah hal korang ekk. teruk kau nanti.

Monday, June 20, 2011

semangat baru.

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera!

hai semua! apa khabar? hee. ok. nak bagi tahu. online ni atas ihsan rumet aku. haha. alang-alang dia pergi orentasi dengan new student, aku pinjam lah lappy dia ni. lappy aku dah semakin nazak. doakan yang sebaiknya untuk lappy aku. dah boleh dah nak bukak surah yassin. ahaha! JK.

bukan apa. saja nak tinggalkan pesan kat belog ni. jeles pulak dekat orang tu. sejak akhir akhir rajin pulak dia LUAHKAN rasa hati kat belog dia. dan jugak kat insan yang aku tak jumpa URL belog dia tu. haih. marah! hahaha. aku ngate korang ni. jangan marah ha.

eh. subjek semester ni agak menggerunkan. haaa. u give me bad impression on the 1st day. opss. ayat sape ni? habis lah nak hadap beliau sepanjang satu semester ni. rasakan lah. ahaha. takpe2. forterian ni APA PUN BOLEH. tak macam jambu yang asyik asyik apa pun TAk boleh. hahah. dalam erti kata yang lain, kami hadap semua benda. biasalah. kami kan SURVIVOR. tak luntur dek cacian, tak rebah dek perlian, tak kalah dek kebencian. muahaha. boleh tak macam tu?? redah kan aje.

till here buat masa ni. sila rindu saya!!

sekian.

tata!

p/s ; mud aku sekarang kadang kadang swing sana sini. hati hati di jalan raya

Saturday, June 18, 2011

semak betul lah!

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. 



hah! engkau lah yang semak. aku bukan benci kau. sikit pun tak. takda sebab aku nak benci kau. sebab kau tu sama je macam aku. ciptaan Allah. ada tubuh yang sihat dan keistimewaan yang tersendiri. keistimewaan kau takda pada aku, dan apa yang ada pada aku tak ada pada kau. tapi, tetap menjadi keistimewaan masing masing. 

kau selalu nak ada kat aku. tapi aku taknak pun kat kau. paham tak? jadi, silalah cari inisiatif lain. cari orang lain ke, tukar hobi kau kepada benda yang lebih best ke. kau tak bosan ke? asyik buat benda yang sama je?
















yelah cik NYAMUK. dah buruk dah kaki aku ni dangan kesan gigitan kau tu. tak putih cun melecun dah. ehh. over. haa. cuba kau tukar hobi kau tu. dari suka isap darah orang, kan ke lebih baik kau pergi isap rokok. tak best? ehh kalau tak best takkan lah orang sanggup berhabis beribu ribu RM semata mata nak isap rokok tu wahai nyamuk oi. cuba lah kau fikir. haih!!! dah. kalau taknak jugak. kau fikir sendiri hobi yang lebih bermanfaat dari kacau aku. sekian.



p/s ; dah boleh dah nak homesick nanti ni.

eeh? dah ke?

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.



hello semua! hai. hah. dah malam malam lagi nak eksaited eksaited. ape kene tah. ahaha. ok ok. saja nak bebel bebel. sebab dah lama tak bebel ni. kan? betul tak? ke salah? ahaha. hari ni dah hari sabtu. sebab jam kat lappy ni dah tunjuk angka o:o9. maknanya dah masuk hari lain. jadi, ESOK aku balik kl. what??? dah habis cuti? dah. tak payah nak terkejut sangat ye. hee. padahal dah tahu lama dah. kan kan kan?? bukan apa. selama ni duduk rumah hidup ni tak bersistem sangat. ni dah balik Ib pasti bersistem. sebab? bangun pagi, siap pergi kelas, balik, TIDUR, lepak dengan rakan rakan, kalau ada kerja = buat, malam, tidur. haa. ehh! nak tambah sikit JOGING! muahaha. dari semester ke semester, kata nak joging hari hari, tapi ~

takpa. kuatkan semangat untuk sem akan datang ni. hah. sape nak join, let me know. insyaAllah jadi lah hendaknya ye. sama sama lah paksa aku ye. ahaha. kalau dah kena paksa tu, memang aku pergi. ehh. bukan paksa, tapi beri semangat. ahahah!

oh ye. dah nak balik IB ni memang tak lah nak layan AXN dari celik mata sampai ke petang kan. haih. sedih. kepada hero hero CSI, NCIS, NUMBERS, HAWAII FIVE-O kita jumpa masa siaran ulangan ajelah ye. itupun kalau sempat. hermm. DAN! tanah kubur. huhuhuwaa! sepanjang cuti tak miss. masa tak cuti pun tak miss. tu pun kalau balik hari jumaat dan sempat tengok pukul 730 tu lah kan. ehh. tak tahu ke cerita tanah kubur tu? hee. best gila habaq hang. memang rugi sape yang tak tengok. pada mereka yang tengok, sila maklumkan pada aku ye. nak tanye kisah apa pulak. hee. banyak iktibar boleh dapat. insaf. haaa. rasa macam nak je langgan astro letak kat bilik sekangkang kera aku kat hostel tu ha. *tempias air liur kena lappy.HAIH!*

ehhh. imam muda pun tak dapat tengok. ulangan jelahh kan. ehh.siaran semalam best. hee. sayang, IM FATAH dah keluar. ehh! IM NAZRUL ada lagi. teruskan usaha!!  tapi rasa minggu depan nak balik gak lah. sebab maharaja lawak final lah pulak kan. hehehe. haruslah tengok. ngeeee. macam tak da cerita lain je nak tengok. haih!

ahah! ni ada lagi satu benda. 3 ketul novel tak habis baca lagi. busy lah katakan duduk rumah ni. hermm. payahhh!! btw, it is shaza. i lebih suka orang spell my nama shaza. hee. sekian



p/s ; eh kamu. tolong belikan telekung baru. =.="



Thursday, June 16, 2011

pengorbanan.

asalamualaikum wbt dan selamat malam.

hai semua. apa khabar? hehe. tadi baru je lepas on FB. pergi wall cik yang ada relationship dengan saya tu. ahaha. dia kata ' apa itu pengorbanan?'. ehh. topik kau menarik lah wehh.hehehe. aku nak bagi pendapat aku tentang pengorbanan ni jugak. boleh? hee. aku da sebut tadi. PENDAPAT aku. jadi, takda salah dan takda yang betul.

ehh. apa ep tentang pengorbanan ni? haaa. sebenarnya tak tahu nak taip apa. tapi isi dalam kepala ni ada je. hee. tak pelah. korang baca kat sini dan sini. hee. rajin rajin lag blogwalking yaw!

p/s ; ehh. gaya macam takda je orang yang nak klik klik heartbeat kuu.

Wednesday, June 15, 2011

random.simple.

asalamualaikum wbt dan selamat tengah malam.

haii kalian. apa khabar? yea. kenapa dua tiga hari ni macam sepi? haa. itu yang kita tak tahu. pada yang tahu, sila diamkan diri anda ye. sedang berusaha mendiamkan diri untuk beberapa sebab. keh keh keh. poyo ye shaza. ouh! berkenaan dengan status di fb aku tu. hehehe. yeah. aku selalu dengar dan aku juga selalu buat. contoh, once kau berdepan dengan masalah yang besar, kau akan cakap, atau akan terlintas di fikiran kau satu ayat. 
' kenapa aku.'
kenapa kau? sebab Dia sayang kau. tu pun lagi nak tanya? yea. ujian tu tandanya Dia masih sayangkan kau. kau masih dalam perhatian Dia. kalau hidup kau senang lenang, takda masalah, kau takkan pernah rasa susah. rasa sakit. dari situ, kau takkan faham orang lain. kau takkan faham penderitaan orang lain. bila kau tak faham, kau akan kata 'alah. baru jatuh sikit, luka kat lutut dah nangis macam tu.' haa. cuba kau sagat lutut kau tu kat batu, kat jalan tar, sama besar, sama dalam dengan luka orang yang kau perlekehkan tu. apa kau rasa? sakit kan? yea. tu lah tujuan Dia uji kau. untuk kau rasa macam mana orang lain berdepan dengan masalah dorang. untuk ajar kau erti kedewasaan. untuk beri kau erti sebenar kehidupan. untuk beri kau bimbingan untuk hadapi hari yang mendatang. untuk kau hadapi saat di situ kelak.


kehidupan tu apa?

lagi satu. 'apa dosa aku weh?'. sila maklum. tak sesuai untuk umat macam kita nak soal macam tu. sebab apa? fikirkan bersama sama ok.

p/s ; memang random entry ni. tak da kaitan denagn apa apa dan siapa siapa.

Saturday, June 11, 2011

ustazah.

asalamualaikum!



selamat malam semua. hai. hehe. ehh. ada sesiapa yang tonton imam muda tak tadi? haa. dorang jumpa dengan banduan banduan yang tunggu saat nak kena gantung. ye. ada yang dah taubat sepenuhnya. ada jugak yang ' saya dah hari hari baca al-fatihah ni ustaz. tak payah lah nak suruh saya baca lagi. saya tetap jugak dekat dalam ni. tak keluar pun. tunggu masa je.' itu dah taubat? mungkin kita tak tahu. tapi Dia tahu. kan Dia tu Maha Mengetahui. banduan yang kena hukum gantung ni memang lah dah buat salah yang besar. bunuh, rogol,dadah. tapi at least dorang dah taubat. nasuha lagi tau. tapi kita yang bebas berkeliaran dekat luar ni? bilanya? bila nak sampai masa tu? walau taubat tu sudah, hukuman tetap jalan. takpe. mereka redha. sekurang kurang nya syurga tu ada. tak sapa yang tahu melainkan Dia. 


eh. imam muda 2! peserta peserta imam muda ni ramai yang kawin muda. 

eh. sambil sambil layan oasis tadi, ada pulak iklan ustazah pilihan. ehh. lepas dah ada imam, kenalah ada ustazah kan. biasalah. dunia sekarang.  ehh. relevan sangat ke nak ada ustazah pilihan ni pulak? ermm. tak boleh aku nak cakap. im really into this things sebab aku tak pandai. ahaha. takpe. kita tunggu dulu siarannya. nanti kita nilai sama sama. relevan atau tak. ok. chill!

till here.

selamat malam.

p/s ; 1. yang berfutsal bagai tu, kemain rajin lagi yee. haihhhh. 2. ehh.saya tak suka orang yang merendah rendah kan cikgu. 'eh, senanglah kau. jadi cikgu je.' WAKLUUUUU!! 3. eh, kenapa word baiti jannati terlintas di fikiran ni? haih! 

Thursday, June 9, 2011

forterian edisi 3.

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.


heyya peeps! how was your day? mine? bolehhhlahh. biasa biasa je. nak kata wayyyy too much fun tak gak. nak kata wayyyyy to much bored pun tak jugak. eh eh eh! amynia update blog lah! ahaha. nak bertunang katanya! meh lah kita doakan jodoh dia ek. aminn.

dah dah. jom kita mula edisi ketiga kita ni. lima orang jejaka dah setel. tinggal lagi tiga untuk cukupkan LAPAN orang pahlawan kat kelas. heheh. 

seterusnya adalah saiful. aku dan rakan rakan panggil epoi je. sonang yo. ahahah. epoi ni ketua sem lepas. yakni sem 3 degree. apa? baru sem 3? haih. lama lagi nak grad rupenya. ahaha. sabar tu kan sebahagian daripada iman.  sambung, saiful. orangnya a bit gila gila. a bit ke? ke banyak ek? ahaha. plus, dia nakal. ahah! kenapa dia nakal? ermm. mungkin sebab dia nakal lah. muahaha. i dunno. seriously dunno macam mana nak describe nakal dia tu macam mana. ahaha. dia senang nak minta maaf. ye asenya. kikikiki. dah. 

amir? ouhh. amer esseker. muaha. tu nama dia kat FB. harap maklum ye kawan kawan. hah! ni lah antara umat yang sekedingnya pernah aku jumpa. makan banyak sangat. tapi keding je jugak macamtu. tak paham betul aku macam mana sistem badan dia kerja. mir, kau bela jin ke? ahahaha. kidding yawww!!! eh eh.walaupun dia keding gaya orang tak cukup makan, awek dia cun ouh! gaya model gituhhh. btw, dia ketua kelas sem depan. ahaha.

paeh. ahah! ni lagi sorang. sama lah dengan si amir tu ha. kurus je tengok. makan pun takda rupa makan. menkedarah je gayanya.  muahahaha. eh.kenapa aku takda idea nak bebel pasal ko ni ha paeh? adoiyai. hee. dia ni asal kelantan, duduk kedah. kitorang gelar dia orang ketan. kedah+kelantan. ahaha. pun bolehh.

ehh. dah kot buat masa ni. nanti sambung lagi edisi 4 dan seterusnya. kalau adalah kan. hermm. totally blank ni. 

sekian.


p/s ; jangan buat saya marah. sebab kalau saya marah saya bukan lagi shazatul hazirah =.='

Wednesday, June 8, 2011

mati pun kau!

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

heyya peeps. haii. yeah. another entry. mari membaca. kejap kejap. sebelum mula topik yang utama, mari kita sembang pasal tajuk entri kita hari ni. macam apa je mati mati ni kan. hee. yela yela. tadi tengok csi louis vuitton las vegas. episod akhir untuk season ni. nate haskell aka warner thorpe. penjenayah yang paling dikehendaki oleh raymond langston tu. hee. dan juga seluruh LVPD. ye. dah mati. ray lah juara. TAPI! csi ni memang suka buat cerita tergantung. panas hati. tunggu jelah season yang akan datang. haha.


kemudian. esok CSI NY. oyeahh! ok. tak payah nak oyeah sangat. sebab, tempoh berakhirnya cuti dah semalain hampir. errkkk.

 ni team baru. tak lengkap sebab sara sidle takda dlm gambar ni.


ni team CSI LV lama. grissom ada.



yang ni PALING diminati oleh aku. mac and jo.

team mate CSI NY.


habis pasal TV.

the main point sekarang adalah, ada tak korang baca surat khabar hari ni? guru BAHASA MELAYU berdepan masalah. masalah apa? masalah murid murid sekarang menulis karangan dengan singkatan singkatan yang diorang guna untuk ber SMS. hah. parah keadaan ni! sampai masuk front page berita harian. sebab? pengaruh laman sesawang, laman sosial. ermm.

kenapa pulak aku yang rasa tertekan? ya, sebab aku akan jadi  seorang guru bahasa melayu. insyaAllah satu hari nanti. kalau sekarang pun dah menjadi jadi, macam mana pulak masa aku nanti? ada lagi ke subjek bahasa melayu itu sendiri? atau tiada lagi ujian bahasa melayu? dimansuhkan terus? oh tidak. 

bukan ke kita sebagai orang melayu yang kena pertahankan bahasa kita tu? bukan aku nak kata aku bagus sangat dengan bahasa bahasa ni. sama je. tapi masih boleh dibendung. belum sampai ke tahap nak aplikasi singkatan singkatan ni dalam penulisan karangan atau esei exam. hermm.

hey kawan kawan. Melayu hari ini mudah diperkotak katikkan orang asing dan seteru didalam masyarakat sendiri kerana memandang rendah kepada warisan Melayu. mana datang ayat ni? cuba klik sini. kalau korang masih ambil berat dengan bahasa kita. 


hey kawan kawan!!



p/s ; honestly, i love both of ya! gudlark ye adik.

Tuesday, June 7, 2011

pernah tak?

asalamualaikum wbt dan selamat malam.


pernah tak?
kau rasa macam dunia ni kau punya?
tapi hakikatnya kau lupa yang kau tu hamba.


pernah tak?
kau terfikir yang kau akan hidup lama?
tapi hakikatnya sekarang pun nyawa kau boleh hilang.


pernah tak?
kau rasa dunia ini tak adil?
tapi hakikatnya kau yang salah tafsir.


pernah tak?
kau rasa dia lah sahabat dunia akhirat?
tapi hakikatnya dia lah yang paling cepat lupakan kau.


pernah tak?
kau rasa kau dah buat sehabis baik?
tapi hakikatnya tak ada yang sempurna selain Dia.


pernah tak?
kau rasa kau kenyang?
tapi hakikatnya kau tak makan apa apa pun.


pernah tak?
kau rasa kau kurus?
tapi hakikatnya ......


pernah tak?
kau takda idea nak merepek?
ok.sambung nanti.
konklusinya, aku sambung nanti lah. ^^,

Monday, June 6, 2011

dah bagus sangat lah tu?

asalamualaikum wbt dan selamat malam.



ye. tahu. mesti ramai yang duduk depan tv pukul 9 malam tadi kan? mesti menonton tv3 kan? cerita juvana. yeah. itulah dia. fenomena semasa. tu. ramai adik adik, kawan kawan aku tonton cerita tu. hehe. aku tahu. mengaku cepat. hehe. ok. the main point is 
'JADI CIKGU BUKAN BOLEH KAYA!!'
haihh. totally marah lepas dengar dialog berbisa pakcik tu. haa. panas der telinga gua. kalau situasi tu aku nampak memang kena bhai! kene debat dengan aku. jangan main-main. aku ni bab debat debat memang 1st class. juara, jaguh! sebab debat kan boleh gaduh gaduh. ehehe. tu lah kau saza. bab gaduh tu semua suka. TAPI, kalau kena masuk pertandingan debat yang formal formal ada hakim penjaga masa bagai tu minta maaf jelah ye. memang tak. kalau agak agak bosan ke, boring ke and nak cari kawan gaduh atau debat, sila cari aku. hehe.

p/s ; well helo! jadi cikgu ni lagi kaya dari pilot, jurutera, CEO syarikat, pemilik midvalley, BILL GATES dan macam macam lagi taw!!

lepas tu! sambung pulak cerita hawaii five-O. ahaha. memang feveret aku lah cerita macam ni. CSI, leverage, ncis tu semua memang kalau dah ada peluang tengok memang tak miss. tapi da start masuk IPG nanti confirm babai jelah kan. tsskk!! -.-'

p/s ; nanti nak jadi secret agent lah. agak agak layak tak? weee~!




dah lama aku tak show off kan? hehe. sila lah tatap!

eyebag =.='

Sunday, June 5, 2011

minta tolong boleh?

asalamualaikum dan selamat malam.

ahahah. pelik tak new look ni? komen komen sikit. apa apa yang nak tambah atau kurang atau tukar let me know ok. rasa macam yang dulu lagi lawa pulak. hee. setuju tak? hermm. jangan lupa komen ok. 



p/s ; awak ada hati dekat incik boyfriend saya ke? herm. saya diam bukan maknanya saya SUKA. ^^,

apa sudah jadi ni?

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

heyya peeps. aku pasti ramai yang dah tahu kan. alaa. pasal bloggers kena bambu dengan sorang umat manusia tu? haih. yang menjadi persoalan. kenapa bloggers? why? i mean, kenapa mesti nak address kat bloggers? kenapa tu wartawan sirat khabar, apa suma kau diam je? why bloggers? haih. memang kau dah buat silap yang sangat besar. sebab? MAJORITI orang kat malayssia do have their own blog. begitu juga aku. haa.kalau dah majoriti tu, maknanya memang ramailah. jadi memang naya lah kan. haa. bloggers ni ramai pengikut taw. hee.  oleh yang demikian. padan muka kau! oyeah. KLIK SINI. do enjoy it ok peeps!

btw, cuba tengok sikit macam mana rezeki kau dengan hasil kau tu kat oversea tu. konon nak bawak sana. big L!!

Saturday, June 4, 2011

kau ada?

asalamualaikum wbt dan selamat malam.

ok. a very short entry. ada orang pernah keluarkan kata kata macam ni. 'you are not a fotographer. you just have an overpriced camera.' maksudnya DSLR lah tu kan.

baik. KAU ADA????


forterian edisi 2

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
yeahh! kembali semula dalam segmen forterian. muahahahha. kita teruskan segmen kita dengan beberapa lagi jejaka di kelas. hehe. siapa pulak ye? syamim zaki faza dah setel kan??

next! kamarul afiq! ohohoho. siapa budak ni? erkk? hahah. ipoh mali. orangnya slow je. slow maknanya tak banyak mulut sangat lah dalam kelas. tapi once dia dah bukak mulut, hadoyai. payah gila nak stop dah. antara pakar IT yang ada dalam kelas tu. hehe. ahah! mamat ni gila fixie! haih. dia habis duit kat fixie dia je. *eh macam kau tak je shaza oi. yang habis kat baby tu apa nya?* disebabkan kat IPG tu tak ramai yang ada fixie, dia terpaksa lah ber fixie sendirian. but wait, kenapa sem lepas tak nampak pun fixie dia? kena curik tinggal kat rumah kot. hehe. lagi satu. dia ni a bit manja. ahaha. ni based on sumber sumber yang boleh diterima pakai la. apa daa manja. and one more. status dia 'in a relationship'. hehe. sorry girls.

miji? tarmizi lah. hehe. nak lagi singkat? JI. haa. tu asal aku pun selalu perasan kalau ada orang panggil dia ji. sebab aku pun ji gak. haih. ermm. dia ni boleh dikatakan ustaz kat kelas lah. hee. apa apa kalau nak kena baca doa, dia lah yang ketua. hehe. yang lain semua boleh aje jadi ketua baca doa ni. cuma masing masing belum mahu menunjukkan diri. padahal masing masing tu pandai je. hehe. miji ni nak kata pendiam tu macam tak. naka kata bnayak mulut pun tak jugak lah. average lah kata orang. ahaha. yang sedang sedang saja.  miji ni bahasa dia boleh tahan gak pedasnya. kalau tak tahan, naya korang. ahaha. nasib lah aku ni kebal lagi. hee. lagi satu habit dia yang aku anti sikit. asyik asyik 'burrrpp' 'erkkk' *bunyi orang sendawa lepaskan angin. haih. pantang pantang. kuat tak hingat pulak tu. tabah ajelahh.

ok. sampai sini dulu. sebab not in mud. macam ada something yang menggangu since petang tadi.

feel like lost in somewhere.kayangan ke?

sekian.

camat tinggal yayang.

asalamualaikum wbt dan selamat malam.

hee.siang tadi dilanda kesedihan untuk beberapa ketika. si kucing mati. nak buat post mortem, tak pandai. mood pulak baru lepas tengok CSI vegas. jadi, bajet koroner lah kan. gerak kan tangan kucing tersebut. ouh. dah mati untuk beberapa jam. PADAHAL dah tahu sebab ayah kata pagi tadi dia ada lagi.

jangkaan awal menyebut bahawa mungkin lah kucing terbabit terkena racun. hal ini disebabkan *perghh.macam berita sinar harian kot* tiada sebarang kecederaan yang nampak dengan mata kasr. tambahan lagi dengan cecair yang keluar dari mulutnya. hee. sedih gila habaq hang!!!

saksi 1 ; nampak dia pagi tadi. ada kat sebelah kolam mandi adam tu. nak air kot. buek tak tau yo. sobab kat belakang kan ada air. kalau tau nak mati, ayah hulur air tadi haa. *ayat dan nada pasrah*

saksi 2 ; entah. pagi tadi nampak je dia. dia tu lah yang paling aktif. duk panjat sana panjat sini. sekarang esok lusa dah tak da dah dia haa. kalau tak tu, dia lah yang duk panjat pintu ni ha , kata saksi sambil pegang pintu terbabit.

saksi 3 aka koroner aka tukang gali kubur ; SAKIT BAHU! dah lama tak mencangkul. tanah berbatu , berakar pulak tu. haih. patutlah masa bagi makan tengah hari tadi takda pun dia. ingat tidur ke apa. rupenya tidur selamanya. tinggal lah kau sekor. sian kau takda kawan nak main gigit gigit dah, kata saksi 3 sambil usha adik mangsa. dah takda dah yang nak gesel gesel kat kaki aku ni. HUWAAAAAAAAAA. tacing tacing.

ni je seketul rupa mangsa di saat CSI shaza taylor menyiasat ;







ehhh.tak boleh uplod pulak. try esok ok. hahaha

hermm.

Thursday, June 2, 2011

SAYA MAHU DIEKORI OLEH MAMAT NI DAN LAIN-LAIN..MARILAH IKUT SAMA MENUJU TRANSFORMASI..

asalamualaikum!


jom join ini remaja punya task. hehehe. tu kat bawak copy terus entry dia. senang!


langkah-langkah hanyalah mudah, antaranya:-

  1. tulis di tajuk(COPY SAHAJA) : SAYA MAHU DIEKORI OLEH MAMAT NI DAN LAIN-LAIN..MARILAH IKUT SAMA MENUJU TRANSFORMASI..
  2. lekatkan gambar ini :
  3. juga, tautan(link) untuk ke ruangan ini.
  4. tinggalkan pautan anda di ruang komentar.
mudah bukan?

tuntasnya, selamat menyemarakkkan belog anda dan terima kasih kerana menyokong industri ini. semoga Allah merahmati kamu..=)





untuk lebih lanjut KLIK SINI!

random.

asalamualaikum wbt dan selamat malam.



heyya peeps! ok. ni random jelah. saja jalan jalan dok kopipanas words orang. hehehe. motif ; mahu share some ayat yang bagi semangat pada aku.

ok. sangat jahat. hehe. pada yang rasa macam pernah tgk sentences yang tersenarai jagan risau. akan dikreditkan nama korang. motif ;  nanti orang marah amek ayat dorang.

Hesitation leads you to nowhere - MMM

sometimes its not about effort, its about luck. -MMM

if u say ur life is a misery, blame urself for not finding the right way to live a happy life. -MMM

Yang Hadir Dahulu Belum Pasti Menyepi. Kini Tiba Kembali Dengan Kehadiran Semula Bersama Keresahan Yang Sekian Lama Menghuni Perasaan. -Q

a smile is more contagious than h1n1  -seng swee lan.by MMM

A picture of thousand words..A word of thousand feelings..A feeling of thousand expressions..An expression of thousand stares..A stare of thousand questions..A question of thousand answers..An answer of thousand meanings. -MMM *kamu curik kat mana ni? ahha

‎" I FAILED in some subjects in exam, but my friend PASSED in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft." - Bill Gates - so aku takkan takut sangat lah kalau failed. haihhh! senget saza oi! patut doa yang positif. ok. positif positif.

 woman's work is never done. -MMM

ho ho ho vitamin b6 daripade 48 pisang..ho ho ho kalsium daripade 55 cawan susu..ho ho ho zat besi daripade 3 KILO AYAM.

doing things at the eleventh hour is the bestest thing. 



till here. mahu tonton TV.

forterian edisi 1.

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.




jom start. edisi pertama ini kita akan mulakan dengan mantan mantan ketua kelas. dah 6 sem campur sem masa pra jadi ada 6 lah mantan ketua yang dah bergelar mantan. erkk? ayat macam =.="

let's start time pra ijazah dahulu.

sem 1 pra. PPISMP 1F diketua dengan syamim! yeah. mantan ketua kelas. dan sekarang adalah mantan JPP. JPP tu ape? jawatankuasa perwakilan pelajar. wahh! kikiki. aku tak join pun masa dorang lantik syamim ni. sampai hati korang kan? sampai ati tak capai kata sepakat tanpa aku. tacing sangat!! ok. enuff dengan lakonan kau tu saza. sebenarnya aku tak join sebab, aku adalah pelajar SECOND INTAKE. wee!! tak kena orentasi ragging2 bagai. seronok.! tapi tak ada kenangan kene ragging. sedih!. ok berbalik kepada syamim. melalut lebih dah ni. kikiki. syamim. such a good leader. memang berkaliber habis habisan. serious tak tipu. disebabkan sifat amanah dan tanggungjawab yang tinggi tu lah dia terpilih untuk jadi JPP kot. hee. pandai kan aku agak. haha. to be honest, dia ni a bit panas baran. tapi depends jugak lah. jadi jangan lah korang berani nak bagi dia panas hati. dia akan dendam sampai mati. tak tipu. he told all the forterian himself ok. hee.




sem 2 pra. PPISMP 2F. siapa ek? ahah! zaki!! iyahh. zaki. or should i call him abg zaki? argh!! tak selesa. ahaha. zaki and syamim sebaya. yakni 22 tahun. a year older than me. hehe. kalau nak tahu, ni lagi sorang mantan ketua yang panas baran. hee. tapi tu dulu lah. masa tahun 2009. kalau tak silaplah kan. hehe. plus zaki ni a bit pendiam jugak. kadang kadang macam eh nak tegur ke taknak ek. haha. and lagi satu, dia suka gelak konon kiut dia tu. lebih kurang macam ni lah bunyi dia 'hekk!'. tu gelak ke? ok. korang kena dengar sndiri kot. ahahah. pada aku, dia ni rajin jugak tolong rakan rakan sekelas. ringan sama dijinjing, berat sama di pikul. hehehehe. jom kenal dengan dia.!! opss. but wait. takot pulak kakak aku yang sorang tu jeles. hehe. he's taken!! sekian.

sem 3 pra. PPISMP 3F. ketuanya adalah FAZA! ok. a bit bias sebab aku taip nama faza ni besar pulak. kenapa kenapa? ok maybe sebab dia ni ermmm. haih payah nak cakap. sometimes baik sangat sangat, kadang kadang rasa nak pijak pijak sampai lumat. sering kali rasa sunyi kalau dia takda. yang pasti dia pemalas. keh keh keh. sori faza. saja nak kurangkan saham. sebab kau dah terlebih saham. boleh dikatakan satu IPG tu kenal dia. dari pelajar sampailah ke pensyarah pensyarah nya. pergi ceruk mana pun mesti ada orang kenal dia. sebab dia SANGAT peramah. fullstop.

ok. nanti sambung lagi. 3 sem untuk pra. bersamaan setahun setengah. ketiga tiga mantan sangat berjasa pada kelas ok. terima kasih banyak banyak. lepas ni sambung mantan mantan  masa degree plus cerita pasal jejaka jejaka forterian. sebab, banyak tahun lagi kat IPG. tak sempat nak tunggu semua jadi mantan ketua. ahahha.

till here.

tata!!

forterian!

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

=.=' third entry for this evening. someone came with a new idea. hehe. it is about forterian. what was that? who they are? where are they came from? mahu tahu? kikikiki. wait wait and wait. like i said before, '19 orang takkan terkecuali.' sebab im the one yang menulis. so, dikecualikan.

fullstop

kau rasa apa itu cinta?

asalamualaikum wbt dan selamat petang.



CINTA! universal. apa kau ingat cinta tu hanya untuk pakwe kau? ke awek kau? heh! poor you. kasihan. universal. cinta tu sangat universal. lain orang lain cara luahan mereka terhadap cinta. ok dah. sebenarnya aku cuma nak bagi tahu aku dah selesai baca 

CINTA YANG KURASA.

gambar sumbangan google images.

sejujurnya, awal cerita tu bosan sikit. hee. tapi! full of info. mungkin aku belum pernah sampai turki. sebab tu aku pun macam =.=' . seriously. bukan sebab tak best, tapi sebab terlalu payah untuk membayangkan sesuatu senibina segala bagai yang asalnya dari pemerintahan yang agung. terlalu payah. akan ku jejak turki suatu hari nanti. nak jugak tahu tentang green mosque. nak jugak tahu sejarah kamal ataturk. ok. tu je nama nama yang aku ingat. kalau nak senarai semua, kenalah buka buku tu semula.

laila *bukan laila kawan qiqa tu* such a tough girl. seriously!

mir, bukan kau yang boleh tentukan rasa hati seseorang. sama ada dia jujur mencintai kau atau semata mata atas dasar simpati.

raid, BMW ok. 

ok. done with that novel. malas nak cerita banyak banyak out of 5, aku bagi 4 bintang. sila dapatkan novel ini dengan segera. tak pun pinjam je macam aku buat. hehe. malam ni hingga ke disember akan memainkan peranan. kene setelkan cepat cepat novel yang pinjam dari orang ni. hee. nanti tak sempat pulangkan pulak. thanks QIQA. hee. btw, aku suka panggil dia, QIQA. ^^,




sebelum habis, aku tinggalkan kau semua satu persoalan. 

APA ITU CINTA? 


google images lagi. aku pernah buat gini, tapi mana tah gambarnya.