asalamualaikum wbt dan selamat tengah malam.
haii kalian. apa khabar? yea. kenapa dua tiga hari ni macam sepi? haa. itu yang kita tak tahu. pada yang tahu, sila diamkan diri anda ye. sedang berusaha mendiamkan diri untuk beberapa sebab. keh keh keh. poyo ye shaza. ouh! berkenaan dengan status di fb aku tu. hehehe. yeah. aku selalu dengar dan aku juga selalu buat. contoh, once kau berdepan dengan masalah yang besar, kau akan cakap, atau akan terlintas di fikiran kau satu ayat.
' kenapa aku.'
kenapa kau? sebab Dia sayang kau. tu pun lagi nak tanya? yea. ujian tu tandanya Dia masih sayangkan kau. kau masih dalam perhatian Dia. kalau hidup kau senang lenang, takda masalah, kau takkan pernah rasa susah. rasa sakit. dari situ, kau takkan faham orang lain. kau takkan faham penderitaan orang lain. bila kau tak faham, kau akan kata 'alah. baru jatuh sikit, luka kat lutut dah nangis macam tu.' haa. cuba kau sagat lutut kau tu kat batu, kat jalan tar, sama besar, sama dalam dengan luka orang yang kau perlekehkan tu. apa kau rasa? sakit kan? yea. tu lah tujuan Dia uji kau. untuk kau rasa macam mana orang lain berdepan dengan masalah dorang. untuk ajar kau erti kedewasaan. untuk beri kau erti sebenar kehidupan. untuk beri kau bimbingan untuk hadapi hari yang mendatang. untuk kau hadapi saat di situ kelak.
kehidupan tu apa?
kehidupan tu apa?
lagi satu. 'apa dosa aku weh?'. sila maklum. tak sesuai untuk umat macam kita nak soal macam tu. sebab apa? fikirkan bersama sama ok.
p/s ; memang random entry ni. tak da kaitan denagn apa apa dan siapa siapa.
0 comments:
Post a Comment