Saturday, December 31, 2011

penamat 2011.

asalamualaikum!

ya.ada lagi 5 minit nak bebel untuk penamat tahun ni. macam macam jadi. macam astro. macam macam ada. PADAHAL duk ulang cerita sama je tiap masa.

well. banyak sangat kenangan manis dan juga yang pahit untuk tahun 2011. manusia. macam macam ragam. ragam yang macam macam itu yang mengajar kita. erti sabar. erti timbangrasa. erti marah. dan banyak lagi. tak mampu nak senaraikan rasa rasa tu.

sama sama kita lalui tahun 2012 ini. semoga perjalanan hidup kiita akan lebih terurus dan diberkati. 

sama sama kita saling mengingati anatara satu sama lain. insyaAllah. janji Allah itu suatu yang PASTI.

umur meningkat. makin dekat kita denganNya hendaknya. AMIN.

ps ; ^^v berangan banyak. 

teringin

asalamualaikum!



sumber GOOGLE IMAGES

hehe. tibatiba rasa macam nak pakai macam bajubaju dalam gambargambar di atas nehh. MAXI dress.

dress?? me? ouhoooo!!! cemane lah rupa nya. =.='

another tumblr.AHAK!


Love her… When she sips on your coffee.
She only wants to make sure it tastes just right for YOU!
Love her… When she is jealous.
Out of all the men she can have, she chose YOU!
Love her… When she has annoying little habits that drive you nuts.
YOU have them too!
Love her… When her cooking is bad.
She tries for YOU!
Love her… When she makes you watch corny love dramas while the sport is on.
She wants to share these moments with YOU!
Love her… When she spends hours to get ready.
She only wants to look her best for YOU!
Love her… When often her eyes water suddenly.
She actually had a thought of losing YOU!
Take time to make her feel special. 
Dedicated to all the wonderful girls U know.

aku punya wordless SATURDAY.

asalamualaikum!






hee. this is why masa banyak terbuang dekat tumblr.

Friday, December 30, 2011

jumaat terakhirku.

asalamualaikum.

hai. yeah. hari ni jumaat terakhir aku untuk tahun yang penuh cabaran dan dugaan. well, setiap tahun hidup ni penuh dengan cabaran. kan? malah, setiap hari adalah cabaran untuk kita. untuk terus hidup, untuk terus bernafas dan juga terus berusaha memajukan diri. yeahh. thats right. theres no such word 'aku dah penat hidup lah'. dah sedia ke kalau Dia ambil balik nyawa kau. nyawa yang Dia pinjamkan tu. terus terang aku cakap, aku blum bersedia. aku belum puas berbakti untuk kedua mama dan ayah. aku belum berupaya untuk beri gaji pertama aku pada mereka. aku belum puas gembirakan hati mereka. ya. aku memang tak pernah puas. banyak lagi yang aku belum lakukan. terlalu banyak. mungkin banyaknya lebih dari butir pasir di pantai.

yeah. suasana depan TV dah bising. MLM dah start. adoi. kena pantas siapakan entry ni. hiburan hiburan. yea. itu juga yang aku kejar. -.-"

jumaat terakhir ini aku rasa seperti ada yang tak kena. hati itu terasa lain. kenapa? seperti ada sesuatu yang mengganggu. biarkan. mungkin gangguan dari makhluk yang tidak senang dengan anak anak Adam. 

yeah. sampai sini dulu. aku blur. otak aku kosong. kosong sekosongnya.

till here.

kbai.

ps ; rindu sangat kat kamu.


Thursday, December 29, 2011

menangis lagi!

asalamualaikum!

short and simple. tiap tiap hari aku baca BELOG ni. tiap tiap kali tu lah aku nangis. tskk tskk. sedih kau tahu! tak sedih? biasa je? danggggg!!!! kau tunggu nasib kau!

tak pernah jumpa, TAPI AKU RINDU BOBOY jugak!!

hujan lagi aku! cis.

hey (tanda seru)

asalamualaikum!

selamat sore! miaha. tengah tengah hari buta dah update. hee. terserlah kebosanan melampau aku. ngee. sokey sokey. mengisi masa lapang dengan menaip ini dan juga satu karya yang tah bila nak siap. adooi.

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh


haa. tahu lirik apa? ingat nak google tempek terus satu lagu tapi angin malas dah menghembus. maka tulis yang ingat je. tu lah tiga baris. bermakna kan?

semua benda yang kita buat ada yang tak mudah, tapi tak juga susah. semua bergantung pada pilihan kita sendiri. kata orang tua tua hendak seribu dayanya, kalau tak hendak seribu juga dalihnya. sekali lagi, manusia banyak agenda dan hal tersembunyi yang nak dibuat. untuk kepentingan diri. untuk melihat orang lain tersungkur sebelum bertarung.
 hai. 
sikit sikit berbalah. masing masing ada pendirian yang nak ditegakkan. masing masing keras kepala.

cuba. cuba sekali kita bersatu. cuba sekali kita tak berbalah. saling bekerjasama. memang. memang mudah berkata kata dari melakukan. memang tepat sekali.
 hai.
 di luar kita disanjung tinggi. hakikatnya? ya. bijak sekali kita mengaburi mata orang luar. TAHNIAH.

aku sertakan satu lagi bait lagu untuk difahami yang tersurat dan tersirat.

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku.


ps ; makin hari makin sayang. tahniah. kamu berjaya. 

Wednesday, December 28, 2011

cakap tak berapa nak serupa bikin.

asalamualaikum!

hai kawankawan. hehe. sekali lagi ditekankan, apa apa status kat FB takda kaitan dengan life aku. ok? itu cuma sesuatu yang orang lain alami malah mungkin juga yang aku  alami. cuma sekadar perkongsian rasa. sekadar berkongsi apa yang orang sekeliling rasa. TITIK.

baik. sambung balik. mula mula sekali mohon maaf kalau ada hati yang terasa. kan dah kata cuma sekadar meluahkan rasa pada sesuatu. terhadap sesuatu.

tak mahu bercerita, cuma akan ditulis dialog berkenaan dengan situasi terbabit.

" hee. tah pape. show off sangat. macam lah dia sorang jek ada bf/gf."

heh. last last kau pun sama. malahan lebih sudu dari kuah. makna? kau lagi over dari orang yag pernah kau kata tu.

eh eh. dialog tu contoh saja. CONTOH. ku ulang sekali lagi. CONTOH. banyak lagi contoh tapi malas nak taip heee. 

lidah ni memang sedap je kalau nak mengata orang lain. cubalah kalau orang mengata tentang diri kita. marah tak ingat. sampai sanggup bergaduh cyber. alaa. via FB. ehh. dah macam tuuut dalam MLM pulak. aha! 

macam aku kau dan kau juga. yelah. manusia tak sempurna. kan? no offense. sekadar peringatan diri aku dan kau. 

till here.

kbai.



ps ; nobody is perfect, i am nobody. so? i am perfect? prefect terbaiktakingat sekolah biasa adalah kot. ^^v

Tuesday, December 27, 2011

Seharum bunga yang menggoda.

asalamualaikum!

miahaha!eksaited lah tu bila tajuk entry ni naik. hee. cer teka lagu apa. hee. ok. cerita kali ini macam takda kaitan je dengan tajuk. habis tu kenapa kau tulis tajuk terbabit?? arghh! sukati lah. takkan asyik nak tulis tajuk random je semedang. bosan ok. lagipun memang tak tahu nak letak tajuk apa. sekian!



Nickname : shaza


Do i like your display picture : yes,peace yawww!
First thought about you : cantikla dia ni..hehe.
Best feature : mata dia cntik :)
Would i ever date you : yess! meh dtg ipoh lg meh!
Do i love you : sbb mata dia cntik so dari mata turun ke hati.hahahahaha.
Your name in my phone : shaza ipbhsa (pnjg kn? haha)
Are you important to me : yess.kawan bru nih!
Nice or mean : nice :)
Friend or stranger : friend!
How we met : jmpa masa pbs kt SKSA
Do i want your number : xnkla.dah ada dh.. :P
Do i regret meeting you : nope!
Do i challenge you to put this as your status : yess.nnt blh like balik.haha.



miahaha!! copy pastasedappizzahut  paste dari wall aku. kau ada? erkk. 

miahahaha!! gelak lagi. gelak. eh kau ni. dari mata turun ke hati yer, malu ai! erkk gegedik pulak aku tetiba. btw, aku pun menyukai DP aku tuh. comel sangat!! hailah. angkat bakul pula aku ni. yelah. tak salah memuji kebesaran Allah swt kan? ok next. terima kasih yaw sahabat!!!! renduu kau sangats!!




tambahan :

berkawan biar beribu malah berjuta sekalipun. banyak pahala dapat bila mengeratkan silaturrahim ni. tapi kena ingat jugak, bila dah ramai kawan, musuh pun bertambah. tujuan baik, disalah erti maka buruk akibatnya. kenapa? sendiri fikirkan. masing masing ada pemahaman sendiri kan?

ingat. bila kita selalu senang, akan ada insan yang kurang senang dengan kesenangan kita. and vice versa. manusia kan tak pernah cukup dengan apa yang diri tu ada. sentiasa dengkikan hak orang lain. macam anjing dan bayangbayang. tamak.  akibatnya, ......... masingmasing tahu kisah tu kan? sama sama kita fikir.

tulisan kali ini bukan ditujukan kepada sesiapa. namun, kalau tak makan cili, manakan rasa pedasnya. tulisan kali ini hanya sekadar untuk muhasabah diri. untuk diri yang kadangkadang menyimpang terlalu jauh.  dan juga untuk tatapan teman yang sudi membaca.

sampai sini dulu. dah tak terlintas ayat lain yang nak diluahkan dalam bentuk aksara kat sini. sehingga berjumpa lagi!

chill.

kbai!

ps ; banyak lagi nak belajar. jom. belajar sama sama. berkongsi. tak rugi.
untunglah samasama english A solid.

Monday, December 26, 2011

hello backpain.

asalamualaikum!

hai. selamat malam. selesai sudah sesi ber HAWAII FIVE-O. syioook habeslah kan. hee. eh kono. lebiyu lebiyu! ahaks.

eh eh. pasal backpain aku ni lah kan. sejak bila terjadi gagal dikesan. sampai bila akan merasa sakit tu? pun gagal dikenalpasti. nak dijadikan cerita, sebelum pergi pertauliahan kadet aritu aku pergilah merajinkan diri ke klinik. haihh. cek cek cek. bukan doktor pon. MA je. hee! asal pergi klinik tu je mesti lah dua orang MA tu yang aku jumpe. haih lah 
*macam selalu je pergi klinik tu*. 

pernah sekali dia siap perli aku 
'alah dik, amek darah sikit je. muka tahan sakit tu macam sakit nak beranak je'. 

hoih. nasib aku masih mengekalkan keayuan depan nurse cantek tu. kalau tak mahu nya bekas kasut saiz lima bertempek kat muka tu. KAU PERNAH RASA SAKIT NAK BERANAK KE BANG?
 *emo tetibe*

berbalik semula ke kes cek sakit belakang. heh. apa dia bagi? ubat tahan sakit which aku takkan makan, ubat sapu yang mana kau ada banyak dan juga ubat GASTRIK. apa kaitan? ouh silalah booo le me sebab aku bukan belajar medik nak tahu kaitan. kesah? so? anyone?

backpain terbabit sangat pain lah. kata pun pain. pain tu sakit kan?? kan? heh.  kadangkadang rasa urat tu macam benang yang sangat tegang tunggu masa nak putus.  again. boo le me. sakit tu kan ujian. redha lah. tak payah nak mengeluh sangat. mengeluh pun apa dapat?  untung backpain. ada orang tu sakit sampai hilang kaki bagai tu. haa. dah hilang keupayaan berjalan. tak bersyukur lagi tu backpain je pun. apa lagi. Alhamdulillah. terima kasih ya Allah.

ps ; luka dah tak berdarah. tapi parut kekal hingga jasad terkubur dalam tanah.

Sunday, December 25, 2011

tajuk apa pula hari ini?

asalamualaikum!!

selamat malam kawankawan. haih. a bit bosan hari ni. walaupun si galah tu balik minggu ni. aha. ouh. selamba badak je redah lappy aku yer. fine fine.

Kalau nak suami/isteri yang alim, cari yang betul-betul alim. Bukan yang alim pada status Facebook saja, tidak pada gambar/realitinya. Itu alim-alim kucing a.k.a alim-alim Facebook namanya. -copied from FB ayeem ayam. nak usha belog die? SINI SINI!

kaann! hehe. biasalah. trend FB. berlambak lah seperti apa yang diperkata oleh si ayeem tu. kalau dalam bahasa mudah, cakap tak serupa bikin lah. ye dak? ke bukan? hekhem. betulkan jika salah. tade hal. sedia menerima kritikan.

no offense. mana tahu dari situ kita berubah buruk jadi baik dan baik bertambah baik. kan? kun fayakun. remember?

boys and girls.
tak salah menegur untuk kebaikan. tapi adab tu kena ada. jangan sampai terlupa adab kalau taknak orang lain biadab. faham ke? 


till here.

kbai.


ps ; siapa asal suku tiga batu? sila angkat tangan. jom gaduh? gaduhgaduh erat silaturrahim gituhh.



Friday, December 23, 2011

GiveAway by darkbatman.com

asalamualaikum!!


hehe. ditag pula oleh oleh dik QIQA. ehh. blong? pon boleh lah dik. HAHA.


darkbatman!!! hiyargh!




 nak tag siapa ya??


kak LIZA? silasila.


kak ILA? hehe.




interested? KLIK!

Thursday, December 22, 2011

lama punya hal.

asalamualaikum!


 ini ketika KULIAH DI TIMES SQUARE. kau ado?


 aku pun tak faham tengah snap ape. tahun bila punya gambar tah.


 ini gambar kenangan. erk. kenapa kenangan?


 rindu. boleh?


 oyeah!! gaya superwoman tak? *padahalll


 aku tiada dalam gambar. miahaha!


 haih! kenangan betul!!


 ini? fuh. gua hampir mati lemas kat sini beb. thanks kepada si penyelamat. TERHUTANG NYAWA


 find me!


 nangis?? nehh!!


 find me again. kalau tak jumpa tak tahu lah.


 nangis lagik?? yeke ? kikiki


 penyu mengeram. haha. lokasi? LUPA.


 SYIOKKKKKK!! find me. AGAIN.


 genggeng MAHSURI. guess siapa mahsuri terbabit.


 potong kek beriye. makan? MASAM kott.


 rumet snap. balik bilik terus demam panas. apa kes?


 kamera trick. aku bukan ah moi.



sangat menyukaiiiii gambar ini. ohsem?? lala!

last but not least sila lawati SINI.

Tuesday, December 20, 2011

misi mustahil.

asalamualaikum.




quick entry. apa yang misi mustahilnya? misi yang mustahilnya ialah aku mungkin TIDAK akan menonton cerita
twilight
mission impossible *tak kesah 1 sampai 18juta pun*
harry potter *betul ke ejaan potter tu?*
and few moree!

DONT ASK WHY.

till here. 
kbai.




ps ; KISAH HATI sangat awesome. sape sangka aku boleh hafal satu lagu. 

ke sogo lah kita.

asalamualaikum!

selamat.! hai. it has been a while xde sebarang update kan? eh? LAMAAA lah sangat. boo le me. hey hey! berbalik ke topik asal. cubalah kalau sekali tak meleret ke cerita lain. hee. ok. apa ada dengan SOGO?

hekhem. jadual hari sepatutnyaa ke PUNB dekat MIDA. taw? alah. dekat KL SENTRAL. buat apa? teman kakak ai. SHAZATUL HANI. hek hek. bakal businesswoman tu. hekhem! nak ada shareeeee jugak!! haa. tengok! meleret cerita lain lagi. hee.

hek hemm! oke! setel saja keskes kat PUNB, mama pun call. 'ji, tak pergi sogo ke? belikan mama handbag.' haaa. sudah. atas sebab jalan yang bakal jem, kami naik tren sahaja. senang.

hoi! ampun maaf. bila lah aku nak jadi seorang yang shoppaholic? macam orang lain. hee. tegok handbag ber sale sale pon boleh sakit kepala. hee. to be honest, aku belum boleh masuk lah hal shoppingshopping. boo le me. kenapa macam tak sama je dengan orang lain ek? heee. tak sampai 10 menet pilih beg aku dah bising suruh cepat. 

tapi sempat bergambar!! tadaa!

si nerd tudung merah HANI, si poyo selipar polkadot HAZIRAH.

hey! macam dah lama je aku tak bercerita tentang harihari yang aku lalui kan?


ps ; muhaini ain! hows ur day? kikiki. femes ni saya sebut nama awak. btw, i tink i saw ur fren named TJ kat sogo tadi. tu je. hihi. kbai.

Sunday, December 18, 2011

You always thought that I was stronger,
I may have failed,
But I have loved you from the start


secondhand serenade.


ps ; aku jarang dengar lagu english. so, english aku sangat bodoh. so, back off.

hello!!

asalamualaikum.

alamak. it hurt. macam mana nak buat ni ye? bila sakit nak buat macam mana? jumpe doktor? hekhem. boleh cure ke ni? mungkin, kalau tak .......

SILA BAWA SAMPAI MATI. poor le me.

Saturday, December 17, 2011

pengaruh lagi.

asalamualaikum.






suka sangat aku dengar bila lisa sebut ;




redha itu ikhlas.pasrah itu menyerah kalah.






hey! aku redha dengan segala apa yang jadi. and i dont want to amek kisah lagi. do mark my word oke? TITIK.










and hey! kadang kadang kita rasa orang sekeliling sering menyakitkan hati. kita rasa orang sekeliling tak pernah nak fikir hati kita. kan?


tapi, tahukah kita bahawa orang sekeliling yang menyakitkan hati kita tu sedang menyedapkan hati dorang sendiri? tahu?


dan juga, diri kita sendiri turut menyakitkan hati orang sekeliling kita tanpa pengetahuan kita.


so, kita sedang saling menyalahkan antara satu sama lain? ingat. satu jari kita tuju, empat jari lagi ke arah kita.


fikir, siapa yang salah dan siapa yang betul?




aku? dia? mereka?

tudung.

asalamualaikum!

selamat tengah malam. patut tengah malam waktu berehat. tuhan jadikan siang untuk bekerja dan malam untuk berehat. tapi aku berjage tengah malam macam ini untuk buang masa. buang masa? BUKAN. mengisi masa sebelum tidur. itu yang paling tepat! yeah! high five u ols!

ok nest eh NEXT, berkenaan tudung. dear my beloved bestfriendsss. *banyak s konon kau banyak bestfren?* a story to share, one of my sista which is my senior kat sekolah dulu dah berjinakjinak dengan tudung. that was so great!! happy for her. seriously! and for those yang belum, do it before it become too late. and for those yang memang dah bertudung, u guys already noe which styles and types of tudung yang u guys patut pakai kan? tak tahu? u guys big enough. should taw better. and, im not pointing any fingers towards u guys sebab satu jari aku tuju, lagi empat jari tuju kat diri aku. 

no offense and jangan salah faham. hanya sekadar muhasabah diri aku ini sendiri yang kadangkala lupa. manusia mudah lupa, pinjam katakata my idol which is MELAYU MUDAH LUPA, ubah jadikan manusia. dan aku memang pelupa. sebab aku juga manusia. pelupa hal dunia dan hal di sana. saling mengingati. tak salah. kan? correct me kalau salah.

till here. peace!!!! and sorry sebab bahasa rojak. mud berbahasa tah hilang ke mana. BOOO kau saza. padahal cikgu BM in future. sila boo saya. hee.



ps ; buat apa yang kau fikir betul. minta maaf jika ada berbuat salah. memaafkan jika kau umat Muhammad SAW.

Friday, December 16, 2011

mencairr!

asalamualaikum!

ok. even cerita ombak not so touching touching, tapiiii lagu dia perghhh2!!! mula lah nak kata aku jiwangjiwang kan? sume lagu aku layan okeh! heee..

for whom it may concern, ini petikan lagu terbabit untukmu. *ceceh.gelik*


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya








ps ; takkan menjeles tak tentu hala lagik!


Thursday, December 15, 2011

random.

asalamualaikum!

haihlah. jangan harap orang nak faham,kalau diri sendiri pun tak faham. boo le me.

haaha!betul kan? betul tak? kalau diri sendiri tak faham jangan lah diri tu beriye iye nak orang lain faham.

just dont and please dont. 

‎"Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk sesuatu kebaikan baginya, maka ia akan diuji (diuji dengan satu musibah)" Hadis Riwayat Bukhari. copied from my qhairil azril fb account.




ps 1 ; this is my first time eating prosperity burger lebih dari 10 menet. selalu 5 menet pon boleh habis. ouh my dear selera, where have you been? please come and visit me.

ps 2 ; watched ombak rindu just now. and, till now i keep thinking, which part that i should cry. neeeeeh. not even a minute. wasting my rm16. 

ps 3; feel like my chest is guin to burst!!

Wednesday, December 14, 2011

drama.



kan dah cakap, jangan cabar saya. pantang betul kalau diri ni rasa tercabar macam tu. buuuuuuuuuu!!!


eh eh! ter publish cepat sgt pulak. ok ok. letak title skali. hikhik. hehe. *mereng*


ps ; hilang dah? sungguhsungguh ke tak ni?

header.

asalamualaikum! 

hehe.amacam? habis cantik menarik kau memang the bomb tak header baru? kikiki. mulamula macam syok je nak lukislukis kan. lepas tu angin malas pun sampai. itu lah hasilnya. haih. bahaya juga angin malas ni. semua lukisan jadi huduhnakmati cantik menarik kau memang the bomb. shalalalaaa! eh, buuuuuuuuuu! macamlah selama ini kau pandai sangat melukis saza oi. ngee. *senyum tayang gigi sampai ke gigi yang paling belakang*

hey hey! ramai pulak yang tanya status di FB macammacam je bunyi sekarang ni. takde status hepihepi pun. hek hek. xde status hepihepi tak bermaksud aku sedang tak hepihepi. haa. paham tak? ngee. heeeeey!! 

eh! dah lama pulak tak amek drug! patutlah minda aku lemah je sekarang ni. hailoh2! salah sangka lah tu. ingat aku ni minah gian ice ice bebi ke? ngee. drug tu NEW NOVEL lah. yelah kan. duk PD ni mana nak ada POPULAR ke MPH ke. kalau nak kena pulak pergi seremban. jauh. penat taw nak drive. hee. boleh sakit tulang temulang punggung. HAHA! hiperBOLA.

eeh ehh! pada temanteman yang dah bertunang tu, big CONGRATULATIONS oke. dah sampai masa hilangkan sikitsikit sifat negatif yang tak baik dalam diri supaya tak menjadi masalah terhadap si pasangan  haa. cecuak lah tu. haha.

dan pada yang si pasangan yang dah tak hingin terhadap diri tu, bawakbawak lah sedar diri. jangan melukut di tepi gantang dan jangan sesekali lembut gigi dari lidah. PUIIIIII!!!!!

ps ; ini serius!