Monday, October 31, 2011

ngehee


yup yup. tengok biceps dia! i mean hugh jackman lah. bukan atom. fuhh. cairrrrrrrrr!!


macam biasa. kalau dah pergi mid wajib tapak kaki ni tinggal kat mph kan. huwa!! siez rasa nak nangis je dalam mph tu tadi. 
GILA!
sumpah banyak gila novel baru.
jd, apasal kau nak nangis?
SEBAB!
takda inggit2 nak rembat novel.
CISS!!

Sunday, October 30, 2011

asalamualaikum!

hai hai! aku sudah di IB. yee! institut bahasa. mana lagik. ok. mula lah balik pangai sebagai seorang student yang malas berjaya! apa? yeh! dah tentu. bangun awal pagi untuk ke kelas. selamat tinggal mud bangun lewat! baii. tsk tsk!

heh. hari ni? mandi ujan kat stadium hoki! bagus saza. kau baru nak kebah selsemee! tunggu lah kau. btw, incik bahu dah sakit balik. dengki lah tu aku nak mesramesra dengan incik HOKI. menci!

ok. babai! nak layan winter sonata. *mud jiwangjiwang!*

ciao!

ps ; selamat berduty malam yee untuk minggu ni!! adehh! sakit pinggang pulak.
"Hobin Jang Hobin"

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobing jang hobin...3x

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x

Hobin bin bin bin hobin jang hobin..............
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........
Hobin jang hobin....


tibatiba lagu ini sangat best!

Saturday, October 29, 2011

asalamualaikum!

uft!!
malam ni mukabuku bosan sangat. dekat newsfeed je dari atas sampai bawah mention fasal nismilan monang. fasal BOLA malam ni.

kikikikiki.

nak gak!! congratz!!

nak lebih lebih kagum,puji pun, bukan depa taw angpa sapa pun. *rujuk pada diri sendiri yang dari awal tanya mana alif rambut kembang takde.*

Friday, October 28, 2011

love!

short and simple.


why? kenapa?


love him/her sebab rupa?
kalau dah tua,xde dah rupa yang lawa hensem bagai. kalau accident?? haa. kalau jadi mangsa simbah asid??


love him/her sebab harta?
kalau tibatiba jatuh bankrap?? love lagi tak? confirm lah kena tinggal.


love him/her sebab attitude baik?
hello kawan.sedangkan batu keras pun boleh pecah,inikan manusia.


love him/her .......


and the lisssssssssssst *panjang sebab nak tekankan bahawa banyak lagi sebab* goes on ukehh.




p/s ; love me!!

simple doa.

asalamualaikum wbt.

Tuhanku, ampuni aku,sayangi aku,Tutuplah aib-aibku,Angkatlah darjatku,Berilah aku rezeki,Berilah aku petunjuk,Sihatkan aku,Maafkan aku.

best tak doa ni? best tak? korang selalu baca tak?? WHAT?? tak?? seriously? betul ni? betul tak?? Allah. serious tak pernah? heh!!


Rabbighfirli, Warhamni Wajburnii Warfa’nii Warzuqnii Wahdinii Wa’Aafinii Wa’fuannii.

sounds familiar? so? pernah baca? eh pernah pula? tadi kata tak? hee. ok ok. no offense ok. yelah. aku pun bukan hafal sangat pun. ingat beberapa je pun. hee.

bacaan duduk antara dua sujud. 

pernah baca entry yang sebelum ni? ala, yang aku kata i wish i can undertand arab tuu. hee.bila lah tu agaknya kan? hee. bila lah akan tiba saat tu. hee.

bila lah lidah ni nak fasih bertutur dalam bahasa sang kekasih yang satu tu? haii. keep learning ye saza.

eh. till here dulu untuk entry yang ni. mana lah tahu lepas ni ada idea baru ke. 

ciao!!!

jumaat!

asalamualaikum.

hik hik. sekarang jam satu setengah. hee. yang lelakilelaki wajiblah ada kat masjid sekarang kan? heh. apa? uzur?? no komen! haih!

takde cerita nak cerita pun sekarang ni. CUMA

VCD player rosak!!!!! it was like &^&%^^&&()___)!!!!!!!!

hey hey!!kenapa lah kau nak rosak. kacau mud aku nak menonton winter sonata la!! aduhai aduhai. apelah nasib. sedih sedih!! sentap sentap!! grr.

ouh ouh!suke scene ni! sweeeet!!!

sambung menonton kat dell aku lah nampaknya. ufft!!!!


btw, anyone! ada cerita autumn in my heart??? nak boleh?? 

ouh ouh! won bin!!! cairrrrrrrrr~~

Thursday, October 27, 2011

alangkah indahnyaa.

asalamualaikum!

selamat malam. eh eh. rupa baru kan belog saya? HAHA! ok. tukar mud gelap gelap pulak. gelap yang diterangi satu cahaya!! oyeah!!

ok next. hey hey! raya haji is just around the corner. tu nampak dia tengah intai kat tepi simpang tu? nampak tak? hesh!. 

yeah. raya haji, tentulah ramai orang yang dipilih dapat menjejakkkan kaki ke sana. yup. im still waiting till the day kaki aku pulak dapat jejak ke sana. tentu ramai yang nak pergi kan? hehe. ingatkan aku je yang eksaited semacam nak ke sana. ada juga teman teman yang lain. contohnya 'Indah rasanya jika dapat jejak ke sana pada usia muda.' by Qusairee,2011. hehehe. yeah. siapa yang taknak.

jadi, kumpul duit mulai sekarang. bukan kumpul untuk buat belanja kawin je. =.='. kawin bukan ade dalam rukun Islam pun. haa. hafal tak rukun Islam? hessh!! tak? ni baca molek. semat dalam hati.


  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Solat lima waktu siang dan malam
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat tak kira lah  Zakat fitrah ke  Zakat harta kee
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi merekamereka yang mampu *aku belum lagi*

terer tak aku? hee. jangan riak saza. kang kejap je Dia tarik. hee. 

ok. till here!




awak..all the best oke. keep fighting!jangan nak sedih sedih lagi taw. hehe. dah boleh kot sy jadi kaunselor awk. hehe. ok. lebiyuuu!!!

Wednesday, October 26, 2011

kuingin sekali!!

asalamualaikum!!

berkenaan dengan tajuk.
aku mahu ke sini!!

dan juga guin out malammalam jalanjalan somewhere tempat yang cantik menarik kau memang da bomb! tapi disebabkan malammalam bahaya untuk gadis comel jalan sorangsorang, maka haruslah dibawa sama temannya *bunyi macam orang indo plak*

ok fine! aku jujur neh! berangan jalanjalan sambil ditemani inche suami kesayangan. 
comel!!


maka dengan itu, memang laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaambat lagi lah citacita nak nitewalk gini nak tercapai. 

sebab?

AKU BELUM KAWIN!
belajar pun tak habis lagi.
n nak bagi peluang pada inche bakal suami kumpul duit banyakbanyak. heh. !



ps ; im guin to dedicate a sajak to my dearest fren. hopefully she will survive. shes the only hope untuk bantu family dia. tskktskk. saya sedihh!

Tuesday, October 25, 2011

teman vs sahabat?

betul?
kau yang aku tunggu selama ini?
mungkin,
kau memang teman yang aku nanti.
tapi,
kau juga yang bikin hati menjadi rusuh.


ya!
kau bagai api.
dikala jauh,kaulah penerang.
dikala dekat, kaulah penentang.


kau pernah menjadi raja di hati.
dan tentulah aku si pengikut setia.
kini kau pergi jauh tanpa kesan.
meninggalkan aku terkapai sendirian.


kau lupa janji yang pernah kau tabur?
janji yang kita akan terus mempercayai?


hei.
bukan kau orangnya.
dan bukan aku penyebabnya.
kau dan aku serba kontang.
hanya nampak pada penutup,
bukan dicungkil dari dasar.


ah.
tiada guna saling bertelingkah.
kau dan aku sama-sama rugi
malah bahu kiri yang kian rebeh.


kutunggu kini peluang berdamai
yang pasti telah lama aku nantikan.
kupohon seikhlas hati duhai teman.
jika bukan dikala hayat masih dibadan,
dan dikala mata masih bisa menatap,
maka,
iringi aku temui Tuhanku
dengan kalungan doamu
dan bukan air mata kesalmu.


-shazashamsudin 1248am  25oct_

Monday, October 24, 2011

jom story,

asalamualaikum!
hah!
ok ok.ni sume koleksi sendiri. bukan google ukeh.maka memang wajiblah tak berapa nak cantik mutunya. sekian..


 cuba teka. bunga apa ni? bunga ros? eh?rabun ke buta?opss. kasaq! bunga bunga cinta ini. tak caye? memang tipu. tu bunga rambutan. haaa.



 eh eh!rasa macam nak kawin. lawa x kuning? ade sebab pengantin ni pakai kuning. dengar cerita, kembar pengantin perempuan ni. BUNIAN. haa. family bunian suh pakai kuning. heh!! wallahualam. idak ler teman tahu.

 next, ni hantaran event lain. cun weyh! ok. hantaran aku jugak nanti nak mcm ni lah. taknak lah smpai 11,13 bagai. satu dua pun cukup lah. kunci umah satu, kunci kete satu. plus a Quran. hehe. *BAJET BETUL KAU SAZA!

 ini namanya xde sape sudi amek gambar aku. ha!! muka kau nak over an?

 waghih nismilan ni. suku biduanda waghih! hehe

 samo pulak posing tangan eh. anak eh dongan ayah eh.

tibatiba aku rasa macam sesumpah je rupa aku tu. =,="

 ouh nasib cap aku tu tak masuk dalam cili. pijar dua hari nanti!


 sampai terbaringbaring aku nak amik gambo ni. lupa pulak Romy ada liveview! ngek!


ouh. maaf. memang super duper bodoh yang duk pacak lidi ni dalam pasir laut. nasib aku yang kena, aku yang luka. kalau orang lain? heh!! 

 kenalkan. ITAM SR.

 haa.ni bunga apa pula??

 nenek pon nak aiskrim jugak.hehe


my hometown!

Sunday, October 23, 2011

Saturday, October 22, 2011

anyone!!
jom wallclimbing!!!!huwaa!!

randomization!

asalamualaikum.

heh. tajuk entry tu aku sendiri tak tahu maksudnya. cuma aku taip sesedap mulut aku nak sebut. yelah. aku bukan budak terrorist english. guess what? macam dah lama je aku tak membebel kat belog neh. kan? ouh ya. korang dah baca RASA? hee. so tahu pada siapa atau apa aku tujukan RASA tu? tak? hehe. teruskan berteka teki hingga kau orang dapat jawapannya.

ouh. baru teringat. korang PENAT belajar? seriously? well ya, aku pun pernah rasa macam tu. but then, penat lelah korang belajar tu akan tolong korang in the future. so, no need lah nak regret bagai kalau bab belajar ni. okeh? *malas nak elbrate*


hehe.curik gambar neh dari kak JULIA. tapi ini bukan kak julia. ini gambar akak spek. tah kenapa aku tengok muka akak sorang ni mirip maria elena. tak ke? heh. mata aku jelah kot yang nampak gitu. hehe.


ok ok. kenalkan my kakakkakak yang gilagila and my bestfriend ever!



ok! out. mahu lepak depan tv!

ciao!

p/s ; lebiyu lebiyu!

Friday, October 21, 2011

Kau.

aku gembira di sini.
bermesra dengan Kekasihku.
diberi layanan umpama akulah raja.
disayangi, dibelai senantiasa.
aku janji,
aku takkan tinggalkan Kekasihku.


rupanya, Dia dah rancangkan sesuatu
Dia mahu aku ke suatu tempat.
suatu tempat yang kurasakan sempit.
sampai bila aku akan di sini?
aku rindukan Kekasihku!


aku redha.
Dia lebih tahu. 
mungkin aku akan gembira nanti.
mugkin juga aku akan lebih bahagia.


kini, ku tidak lagi diruang sempit.
aku melihat suasana yang asing.
siapa dia yang memandangku itu?
pandangannya umpama aku sesuatu yang jijik?
aku tidak pernah rasa begitu sepanjang aku disisi Kekasihku.


apa yang aku dah lakukan?
apa dosa yang telah aku buat?


kini,aku dapat rasakan.
Kekasihku menyeru namaku.
Dia tahu aku rindukanNya.


Kekasihku!
aku rindukan Kau!
aku akan terus disisi Kau.
hanya pada Kau aku bergantung kini.


-shazashamsudin 0953am 210ct-






killed by his OWN MOTHER!!!

demmit!

Thursday, October 20, 2011

rasa.

mengintai di balik tabir
untuk melihatmu di samping teman
memerhati dari jauh
untuk mengurangkan rindu padamu
akulah pengintip itu
akulah jua si pemerhati itu.

kau membahagiakan aku.
kau menggembirakan aku.
kau menerangi hari yang suram.
kau menceriakan hati yang lara.

pesonamu mengasyikkan,
membuat diri lupa akan sekitar
auramu membuai perasaan
hingga aku lupa beban di bahu.

sampai bila kau akan di situ?
untuk aku intai dan tahu setiap gerak geri?
untuk aku perhati  tingkah dan laku?
kau akan setia di situ?
untuk menemani aku tika aku lara?
untuk hilangkan laserasi di hati?

kau harapan ku.
untuk ku terus magnus
untuk jauh dari terus kecundang
untuk aku terus bahagia menghadapi kehidupan.



-shazashamsudin 1248am 210ct-

Sunday, October 16, 2011

!!

rasa nak tampaq orang. sape sudi bagi pipi?

Saturday, October 15, 2011

tacing2!

Friday, October 14, 2011

aku salah ke?

asalamualaikum wbt.

semalam kan, aku pergi midvalley megamall. jalanjalan temankan si azirah. dengan rahilah jaafar juga. tengah syiok syiok beratur panjang kemain sebab nak bayar makanan yang dibeli, ternampak lah satu MAKANAN ni. haa. aku ulang ye. MAKANAN!! sila tengok gambar terbabit.











mee bak kut teh. anyone! boleh tak bagi tahu aku bak kut teh tu mende?? bukan ke dari spesies haiwan yang haram dimakan. aku dah google. cube klik kat SINI. terang terang tulis consists of meaty pork ribs.

tapi yang buat aku hangin tetibe. apehal lak ade logo halal??? nampak tak? tu. bawah kanan. hoilah berapi je rasa. 

bongoks!!

Thursday, October 13, 2011

quote.

tuhan bagi anggota kita secara berpasangan. kenapa tuhan kurniakan sekeping hati untuk kita? kerana tuhan memberi sekeping lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. itulah cinta. 

dipetik dari novel 'betulkah?'

pemburu bandar.

asalamualaikum!!

hai hai hai.
ape yang memburu? kikiki. act, sekarang aku tengah layan CITY HUNTER. cerita macam ni lah syoik!! lawan lawan!! hehe. LEE MIN HO ni memang suka kissing kot? dalam cerita BOYS OVER FLOWER pun gituu. haihhhhh. =.="



tq lah fotographer! muka tah pape je ni

Tuesday, October 11, 2011

betulkah?

asalamualaikum.

ape yang betulkah? tu tajuk novel yang aku tengan baca. jauh dari cinta ada dalam waiting list. HAHA!

oke. ape point yang aku nak ketengahkan hari ini. nothing kot. cuma.

kau susah? kau merungut tak habis? ada kau fikir ada orang yang jauh lebih susah dari kau? jadi, silalah kau hentikan rungutan kau.

sila bersyukur dengan apa yang ada.

p/s ; maybe sometimes KAU yang ada setiap entry merujuk kepada someone else. dan ada kalanya, KAU yang aku maksudkan adalah AKU sendiri. so, jangan salah faham. terasa? yeah. maybe kau memang sama macam apa yang aku taipkan dalam enntryy.

what??





aku yang salah atau diorang yang tak paham bahasa?




Sunday, October 9, 2011

subhanallah!!!
lawa sangat!
time ni pulak lah kamera aku nak tinggal kat rumah kan!!!

^^,

Saturday, October 8, 2011

the guardian.

asalamualaikum wbt dan selamat malam yaw!

ok. apa pula topik yang aku nak bebelbebal bebel kali ini. cuba teka! allrite. dah dapat? nehh. jom baca!

korang perasan tak? kalau pergi manamana yang ada guard, mesti korang akan nampak guard yang rambut dah memutih dengan uban, janggut dah tak jumpa warna hitam. perasan tak? haa.kadangkadang siap ada yang dah terbongkok2 lagi. dengan belantan tersisip rapi di pinggang. satu persoalan. korang akan rasa safe? dalam kedai emas yang hanya ada pekerja wanita, dan ditemani dengan seorang guard lelaki yang boleh dikatakan sebaya dengan atok korang?

my point bukan untuk pandang rendah orang yang dah veteran atau yang dah tua. NO. jangan salah paham dengan niat aku. bukan niat sebegitu, cuma where are you wahai golongan muda???? mana? mana orang muda yang gagah? mana perginya? hello! answer me!!!!!

Friday, October 7, 2011

saya nak kawin esok.








































kata kakaknya di dalam hati.
HAHA!
terkena? 
chillex!!

maxis please.

asalamualaikum peeps!

for those yang contact ai via celcom, sila cari ai via maxis ukeh. celcom ada probs sikit.

tq.

ciao!

Tuesday, October 4, 2011

terima kasih.

asalamualaikum wbt dan selamat tengah hari guys.

apa topik kita hari ini yaw? sila rujuk pada tajuk entry. terima kasih. okeh. apa pasal tibatiba terima kasih? cuba cerita sikit. tapi kes ini takda kaitan dengan sesiapa. random. tibatiba terlintas di kepala otak yang geliga ni *haruslah aku sendiri yang puji ciptaan Allah swt. kan?*

let see. bila kau tolong orang, kau harap tak orang tu ucap terima kasih pada kau? kalau orang tu tak ucap terima kasih, kau stress? kau buat muka? kau pasti ke orang yang tak ucap terima kasih atas pertolongan kau tu, tak hargai jasa kau? well. kalau macam itu, kau ikhlas atau tak? adakah kau tolong sematamata nak dengar ayat 'terima kasih, shaza.' like that? ok. itu contoh je. no offense ok. sebab bukan aku yang tentu tahap keikhlasan seseorang hamba Allah. hanya kau dan Dia yang tahu. buat apaapa pun biarlah lillahitaala. bukan nak harap apaapa balasan dari orang lain. ok. ini pesanan untuk DIRI AKU SENDIRI. dan peringatan untuk yang membaca.

next. ucapan terima kasih pun bukan berat sangat nak ucap. setakat dua patah perkataan je. atau nak lebih spesifik,  lima patah suku kata. tak luak pun air liur tu. kalau rasa susah sangat. english kan ada. THANKS. as simple as ABC. isnt it? sekali nafas je. nak lagi mudah? sebut TI QIU. sama dengan TQ. insyaAllah orang paham. itu pun kalau dah liat sangat lah nak ucap thanks tu. well ya. ini aku sindr diri sendiri gak lah. kadang2 kawankawan tolong berat je mulut aku nak say thanks. sori kengkawan yang terasa hati. it doesnt mean yang aku tak hargai jasa korang. sumpah bukan macam tu, cuma aku ni spesis yang macam tu kot. so, after neh, jangan lah nak ada heart feeling yang lebih2 kalau aku lupa nak say thanks okeh? muah2 korang!

till here dulu topik kali ini. ciao!

p/s ; bila lah nak dapat rileks tak payah buat apa apa ni ek? time mati?? ouh tidak sama sekali. dalam kubur pun kena kerja. bersoal jawab dengan mungkar dan nakir. kan? belum ada masa untuk kita rehat? kan? walaupun dah mati nanti. kan? samasama kita renungkan. ;)


Monday, October 3, 2011



jumpak lagik orang show off!!
dang!



camping.

asalamualaikum wbt.


hai u guys! 27 til 30 Sept lepas aku pergi perkhemahan dan pertauliahan Kadet Remaja Sekolah. so. this entry will like my report lah. kalau free, sila lah baca. kalau kau rasa macam 'ek eleh. kecoh je. macam kau je yg pergi', sila berambus bawa diri dari page ini ukeh.

27 Sept
knock knock. haih. siapa pula yang rajin sangat ketuk pintu bilik aku ni kan. cik sally rupanya. terima kasih lah tolong kejut kami berdua. hehehe. angkut2 barang toll 0845. gerak around 0900. fuhhh!! dalam bas membuta je semua. aku? no komen. jap2!ade kes. lepas je KL sntral, elok je pintu kecemasan bas terbuka kau! tergolek2 dua beg. nasib lah ade hero yang lari ke jalan yg sebok tu tuk amek beg. siapa? AKUU! *sambil angkat tangan. hee. singgah rawang, breakfast. singgah sg perak, lunch. around 1500 lebih cenggitu baru sampai campsite. dimana? haa. tapak perkhemahan jabatan pengairan dan saliran kuala kangsar perak. kuala kangsar ye. kampung orang tu yee. hehehe.  sampai. taklimat. naikkan khemah. PANAS. lepas tu rehat. fuh2! malam? ujian ikatan dan simpulan. heee. syabas dan tahniah pada semua sebab dapat lulus dengan jayanya. senang je buku sila,bunga geti,tindih kasih,lilit balak dan ape tah lagi satu. lupa pula namanya. hehe. lepas tu? setel kan geng2 sentri, MANDI, tidur.

28 sept
hari kedua. pehimpunan pagi. haih! change baju, siapsiap untuk ke aktiviti pandu arah. haihh a bit bosan sebab peta senang. HAHA. peta senang pun kau orang leh sesat. takpe. satu skuad unite.  bak kata tuan Yusri, kitorang ptut nampak kubur yang ada pondok buruk. tempat hantu kak limah lepak. tapi disebabkan dah sesat, kami pun iya kan saja yang kami nampak. unite lagi di situuu. ikhtiar hidup? makan megi. BOTAK BOTAK. haih. dua bungkus untuk 5 orang. kenyang beb! siyes tak tipu. tuan kahar tegur ' lepas ni takda makanan dah. makan megi ni je.' aku selamba badak jawab ' kami ikhlas buat megi ni. insyaAllah ada nasi lauk ayam yang menanti kami di campsite.' sampai campsite MEMANG ada nasi lauk ayam. HEAVEN beb! pahtu? haa. masuk dewan terbuka lagi. ada ape? taklimat pertolongan cemas. time ni lah jumpa ATHIRAH gemoks! hee. rennduu ngat member lama. sumpah tak tipu. tapi sampai ati dia tak cam aku? fineeee!!!!


hehe. baru dua hari. lagi dua hari sambung nanti ek. sabar ye kamu. tak dan nak taip panjang2. ehh. sukaa lah entry baru kamu tu. heee. !

ciao!!


btw, kenapa font hijau? mood I LOVE KRS ukeeeeeh!!!


p/s; semakin malas.niat di hati nak taip something. sapa yg nak tolong bg semangat ni?