Friday, October 21, 2011

Kau.

aku gembira di sini.
bermesra dengan Kekasihku.
diberi layanan umpama akulah raja.
disayangi, dibelai senantiasa.
aku janji,
aku takkan tinggalkan Kekasihku.


rupanya, Dia dah rancangkan sesuatu
Dia mahu aku ke suatu tempat.
suatu tempat yang kurasakan sempit.
sampai bila aku akan di sini?
aku rindukan Kekasihku!


aku redha.
Dia lebih tahu. 
mungkin aku akan gembira nanti.
mugkin juga aku akan lebih bahagia.


kini, ku tidak lagi diruang sempit.
aku melihat suasana yang asing.
siapa dia yang memandangku itu?
pandangannya umpama aku sesuatu yang jijik?
aku tidak pernah rasa begitu sepanjang aku disisi Kekasihku.


apa yang aku dah lakukan?
apa dosa yang telah aku buat?


kini,aku dapat rasakan.
Kekasihku menyeru namaku.
Dia tahu aku rindukanNya.


Kekasihku!
aku rindukan Kau!
aku akan terus disisi Kau.
hanya pada Kau aku bergantung kini.


-shazashamsudin 0953am 210ct-






killed by his OWN MOTHER!!!

demmit!

0 comments:

Post a Comment