Monday, May 16, 2011

day six : 10 items seorang aku can’t live without

asalamualaikum wbt dan selamat malam.

hee.dah selamat dah hari guru hari ni. oh ye. tapi apa berita gembira yang TPM sampaikan ek tuk para guru tu? ok!memang lah aku ni outdated. hee. surat khabar tak baca. tv pon tak tgk. hee. dah dah. kalau nak start entry memang wajib lah aku membebel barang seperenggan dua. ahaha.

ok ok. jom mula sepulun sepuluh yang ni pulak. items tu benda kan?? cikgu, kalau salah sila bagi tahu. kikiki. TAPI! ok font besar pulak. aku taknak terikat dengan benda saja. apa apa pun aku redahh. dare to break the rules ya? ahaha. ok. banyak pulak ok aku ni. hee. im trying untuk tak ulang benda benda yang aku dah sebut dalam entry entry sebelum sebelum ni.

1. udara! oksigen ye anak anak. cuba bagi tahu siapa yang tak perlukan oksigen untuk hidup? ada? ada? hee. even orang yang koma pun dibantu oleh apa nama benda tu ek. entah. yang pasti yang bagi oksigen tu lah.

2. graviti! ahaha. hee. aku tak dapat nak bayang kalau aku ni terapung je. mesti tertonggeng terbalik semua lah. dah payah aku nak pakai baju kurung pergi kuliah. opps!! next! tapi teringin. konon konon ANGKASAWAN NEGARA lah.

3. dabel yu dabel yu dabel yu dot beloger dot kom.

4. air! oyeah! air. kalau takda air aku rasa macam sotong kering. hee. tak caya?? betul tak ni? ok. cuba korang buat ini. jangan minum air selama DUA hari. nak tengok macam mana keadaan korang. kalau masih cergas cerdas pintar maju sila bagi tahu aku. akan ku beri ganjaran.

5. BANK. ahaha. terima kasih ye. kalau bank takda, aku pasti tiap tiap hari aku menhabiskan duit. memang tak menyimpan. teruk betul perangai. hee. tapi, aku ada tabung. kat rumah semua dah penuh. yang dekat hostel tuu. ermmmmm. -.-'

6. makanan. yelah kan. orang yang suka makan macam aku ni. bukan ke payah kalau nak makan tapi takda makanan. kalau nak harap makan angin je, kenyang tak dapat. KEMBUNG adalah. 

7. internet. biasalah. dunia dah maju. zaman dah berubah. ahaha. enuff!

8. lapisan ozon! oyeahh. lapisan ozon dah nipis. hee. cuba korang bayangkan. yang macam ni pun dah panas nak menangis tergolek golek rasanya, inikan pula kalau lapisan ozon tu takda. haa. tak tahu la nak tergolek macam mana lagi kan.

9. musuh. kau gila ke saza oi! ape kes pulak kau takleh hidup tanpa musuh. yelah. cuba korang fikir. tanpa musuh, kau tak tahu diri kau yang sebenar.  pernah dengar tak qoute keep ur friend close and ur enemies closer? ahaha. kerana! musuh tu lagi kenal kau. tak caya. ?? tak paham? let me noe.

10. ROH dan jasad. 

heee. totally blank pulak kepala ni sikit. banyak sangat study kot. ok tipu. banyak lah sangat kau tu study. kalau setakat anatomi tu je yang kau study, tak payah banyak bunyi ye saza. hee.

macam biasa. harus show off.

masih dalam mood hari guru.

2 comments: