Tuesday, May 31, 2011

si suami kesayangan.

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.




ahah!! confirm korang terkejut kan tengok title entry tu? hee. saje je nak gempak gempak. semuanya nora elena punya pasal. siapa nora elena? argghh! kat tv3 tu lah. the drama! tak tahu? google sekarang! grr. actually cerita tu adaptasi dari novel kasih yang suci.  kikikiki. saje nak besarkan tajuk sebab tu tajuk cerita yang jadi feberet aku. dah 9 kali ulang baca kot. haih. sangat suka. sekian.

apa kaitannya dengan si suami kesayangan? kikikiki. blurr. episod nora elena yang semalam kan Seth ada cakap 'dah memang tanggungjawab abang bagi duit kat nora. nah, amiklah. kata nak shopping'. kata seth sambil hulur kad kredit yang fuhh!! habaq hang. hehe.  nora boleh taknak. kalau aku lah. dah selamat dah kad die tu. muahahahaha!!! ok. tak payah nak hahaha sangat ye saza. haih!!

ok. sekian merapu meraban sakan arini. =.="

selamat dan selamat.

asalamualaikum wbt dan selamat malam.



untuk si kamu yang dah berjaya khatamkan novel 3+1=satu tu dan dah serahkan novel tersebut kepada mishmot si rakan karibku ;

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE-22 TAHUN OKEH!

semoga dengan peningkatan umur ni seiring dengan peningkatan tahap kematangan. harapnya peningkatan umur ini juga dapat kurangkan sikit peningkatan tahap loyar buruk supaya tahap pening seorang shazatul hazirah ni tak mencapai tahap yang melebihi maksimum.












monolog dalaman seorang aku;


ahaha. disebabkan aku ni kurang bijaksana dalam nak bagi ucapan birthday ni, tu jelah yang mampu. TAPI jangan salah paham. aku ni bijaksana dalam banyak aspek yang lain ok. HAHAHA.


eh!mana fon sony aku!!

Monday, May 30, 2011

KJK dan YEH?

asalamualaikum wbt dan semalamat petang.


pertanyaan! adakah si jejaka ini 




dan gadis ini


 ada apa apa hubungan. anyone???

Day 2: Meaning behind your blog name

asalamualaikum!!!



hai lagi! dan hai! dan hai. pulun entry arini. ahahah!! 

makna di sebalik nama belog aku iaitu baca diam-diam.

entahlah. tu je nama yang terlintas kat kepala otak aku yang geliga ni. hehe. baca diam-diam. dalam erti kata yang lain baca diam-diam. ehh. macam serupa je. takda beza pun. haa. tu makna nya aku pun tak tahu lah tu. jadi sila baca diam-diam. tak payah nak bising sangat sebab nati mengganggu pulak ketenteraman orang lain. payah.

jadi. selalulah baca diam-diam ok. 

chill!!

Day 1: Introduce, recent picture of yourself, 15 interesting facts

asalamualaikum wbt dan selamat petang peeps!



ok.day 1. ermm.kenapa lah aku boleh terjebak dengan task task ni? untuk senangkan aku dan diri aku, aku akan pilih yang mana best jelah ep? hahaha. kalau rajin aku on je sampai 30 tu. hahah.

my recent picca! ataupun gambar terbaharu aku. itulah dia! di bawah. nasib baik lah aku pakai tudung hitam. kalau serba putih memang dah rupa HANTU BUNGKUS. hahaha. tu bukan bedak sejuk. tapi bedak baby johnson yang blossom. tak tahu? alahh. yang warna pink. yang wangi wangi tu. tak tahu? lu pikirlah sindiri!! motif gambar ini? tak tahu! mungkin sebab mood nak study KS kot. ke? entah. ahaha. naaaah. actually, tu tengah bersiap nak pergi makan. nak isi tenaga untuk study KS di malam harinya. sekian tentang gambar.


small je. takleh nak besarkan. segan. ehh aku tahu segan rupanya.


lepas tu! 15 interesting facts. pasal aku ke? ehh. aku lah kot. ehh! asyik tanya pasal aku je. takpe lah takpe lah. jawab jeWW. uffttt! u dont need that WWWW ok saza. yucks!

lets starts the facts ;

1. gemok.

2. tengok gambar tu macam gila tak? ok. aku boleh jadi sangat GILA lagi. ahaha. gila gila. bukan gila yang tak waras tu. sekian

3. punyai suara yang sangat tinggi pitch nya. sori pada mereka yang ter pekak beberapa saat selepas bercakap atau berborak dengan aku.

4. sayalah helang yang memerhati mangsa!! ok. maksudnya?  aku suka tengok benda benda sekeliling. especially AWAN. langit. sky..

5. punyai dua anak buah. muhammad adam harith dan muhammad alif harith. dua dua perangai payah nak bendung. haih!

6. fact seterusnya, gigi manusia biasa ada 32 batang. tu yang paling umum. kalau ada yang patah ke, tercabut ke, sengaja cabut ke. belakang kira.

7. Tigers have striped skin, not just striped fur. eh betul ke tak english aku? hahaha. dah boleh dah kalau nak cukur fur tiger tu untuk tengok skin nya. silakan kalau anda seoarang yang TABAH dan BERANI.

8. kalau bersin, aku mesti tutup mata. kau pun sama. semua orang sama. tak caya? nanti try. if tak tutup mata possibility untuk eyeball tu meloncat keluar dari soket mata tu ada. takot kan. ?

9. tentang bersin lagi. kalau bersin terlalu kuat sangat, maka kau boleh menyebabkan rib kau patah. haaa. scary ok. dahlah aku ni kaki bersin. ngee.

10. mata aku berwarna hazel! sangat suka mata air aku. thank you Allah. syukur sangat sangat. tak caya? tengok baik baik kat gambar di atas. tapi jangan dera mata anda. ahahaha. nak lagi senang face to face dengan aku. kau tenung lah mata aku. p/s ; bahaya. dari mana datangnya cinta? dari mata turun ke hati. wakaka

11. manusia normal tak boleh jilat SIKU sendiri. dan 75 % manusia normal jugak akan cuba jilat siku dorang lepas baca ayat ini. HAHAHAH!! better korang cuba. nanti korang akan tergolong dalam yang 75 % tu. hee. *giggling

12. aku seorang yang suka buat macam macam benda. haih. macam macam tu maknanya macam macam lah. banyak sangat. malas nak taip satu satu. HAHAHA

13. A giraffe's neck contains the same number of vertebrae as a human. ok. tapi kenapa leher giraffe panjang tapi manusia tak sepanjang sepanjang leher giraffe? manusia nak sama tinggi leher giraffe pun payah.

14. nyamuk ada 47 batang gigi. hoi! apa kes lagi banyak dari aku?? bukan kau tu ribu ribu kali ganda lebih besar kecik dari aku ke??? ok. mari kita fikir sampai botak. 

15. semua facts yang aku taip ni adalah facts yang memang facts. tak ada tipu dan dusta. hahaha!!!

did you enjoy facts facts tersebut? sila like. HAHA.

sekian, terima kasih.


Sunday, May 29, 2011

kau makan lah buku kau tu.

asalamualaikum wbt dan selamat malam.


heyya peeps! miss me? haih. tak? tak nak mengaku pulak. sudahlah. ok ok. takpe. ahah!! kungfu panda 2 sangat best. confirmation letter lah ada sambungan yang ketiga. menci oke!


meet the dragon warrior , master shifu dan rakan rakan seperjuangan.


ahah! berbalik ke tajuk entry. tu dia duk 8 biji buku a.k.a novel yang tak baca baca lagi kan. adoihai. macam mane ni? ok2. ni antara cerita ceritanya.

cinta yang kurasa. pinjam dari qiqa.
hingga ke disember. SDA. seperti di atas.
entah bila bersemi. beli
tahu rasa cinta.beli
mencari suami @ JS.com.beli
tuan rumah pembantu rumah.beli
contengan jalanan.terima kasih ye
doktor cinta.beli

banyak kan~! ok. hutang beli tu tak bayar lagi. kepada orang yang aku berhutang tu. hee. naik sem saya bayar. JANJI!

p/s ; siapa siapa ada bilik kosong tak kat rumah dia yang senang aku nak datang? nak tumpang letak novel novel yang dekat 200 ni. tolonglahh. bilik tak muat dah. *mengeluh*

Saturday, May 28, 2011

opsssi~

asalamualaikum wbt dan selamat tengah malam.

banyak sangat tuto nak pkai shawl , pashmina bagai. TAPI~! kalau setakat nak jual muka tak payah kot. ermm. tak payah nak ALA ALA HANA TAJIMA sangat kalau memang kau tiru style dia. dengan buat muncung itik bagai. haiih. tolonglah

Tuesday, May 24, 2011

pagi!

asalamualaikum wbt dan selamat PAGI.



hee. mari kita ulangkaji anatomi ye kawan kawan. sebelum tu, nak tinggalkan kesan sikit kat baca diam diam ni. pernah tak korang dilanda masalah? pernah? haa. tipu lah kalau kata takda kan. well. masalah tu mengajar kita erti tidak putus asa. am i right? ap apa jelah. kalau takda masalah atau kesilapan atau kesalahan yang kita hadapi atau lakukan, kita takkan tahu apa yang betul untuk kita? betul tak?

jadi, kenapa mesti mengeluh kalau ada masalah? bukan ke itu adalah ujian dari Dia? dah banyak kali dah aku taip dalam entry entry dalam belog aku ni. Dia takkan bagi ujian yang terlalu berat untuk hamba dia hadapi. Dia tahu tahap kemampuan kita untuk tanganinya. Dia yang maha agung. tahu semua. malah Dia yang tetapkan semua yang jadi atas muka bumi ni seluruhnya. apa apa masalah mesti ada penyelesaiannya. tak tipu. sama lah macam 1+1 = 2. TAPI, boleh jugak jadi 3 , 6 , etc etc. sebab. semua masalah ada banyak cara nak selesaikan. tinggal kita tahu dengan tak je. pasti ada jalan penyelesaian!

p/s : kalau korang nak tahu, aku ni pendengar yang baik. insyaAllah. kau bleh jadikan aku tempat luahan masalah. sebab aku akan join kau. aa. join macam mana? macam mana yang kau nak lah. sebab, pada aku, aku akan jadi lebih lega kalau aku lepaskan apa benda yang membebankan aku. *yelah kau tu. selagi tak tertekan tahap dewa 19, selagi tu lah kau simpan dalam hati kan.*  well. the best way to settle ur problem adalah dengan selesaikannya. muahaha!!!! 

dan BUKAN SEMUA MASALAH TU KAU BOLEH TANGGUNG SENDIRI. SHARE. KAU KAN RAMAI INSAN INSAN SEKELILING KAU. KELUARGA, KAWAN-KAWAN, BOYFRIEND, GIRLFRIEND etc etc etc. apa guna dorang wujud kalau kau tak sedar kepentingan kewujudan dorang. 

hah. kau memang pandai goreng goreng ayat ni saza oi. hee. hee. untuk aku dan tatapan silent reader yang lain.

p/s lagi : siapa yang takda proper toilet training tu? haa. aku tahu. baik kau behave sebelum aku pecahkan rahsia kau. marah ni. marah. dah besar besar pun takda proper toilet training ke ha.

sekian. arigato!

Monday, May 23, 2011

tadaaaa~!

asalamualaikum dan selamat malam.



hihihi. cikgu qhairil dan cikgu atiqah. selamat menyambut hari lahir yang ke ........ (isi sendiri) kang kalau bagi tahu kang, umum pulak. bajet artis tak nak expose umur. kikiki.

disebabkan esok takda paper, malam ni konon konon budak cemerlang. tak study. *contoh yang buruk ye shazatul hazirah* chill2! sebab study last minit lagi masuk. hee!

to both of you, *bajet formal and konon konon kakak yang penyayang.erkk~what?!!* wish yang biasa. 

- selamat hari lahir.
- semoga panjang umur.
- makan kek bak sini sikit. *ok sebok je*
- dapat hadiah sila cakap thanks *tak payah macam ngajar budak tadika lah saza oi. dorang dah tukar 1 kepada ... dah.
- semoga dan semoga yang macam macam lagi semoga yang berkaitan. 
- tak dan pulak nak taip wish panjang panjang. sebab sangat lemah bab wish wish ni kan. hee.
- last but not least, all the best in everything. dun waste ur everything to something is useless to spend to.

chill!
mud ; jeles sebab birthday dekat dekat. nak jugak.



nak show off. macam biasa.



Sunday, May 22, 2011

what a **** day.

asalamualaikum wbt dan selamat petang peeps!!



heyya! apa khabar semuanya? ahaha! kalau budak budak IPG mesti tengah pening pening stres stres study kan? ok. tak payah nak struggle sangat lah. orang lain yang study ala kadar tu dapat gak pointer tinggi melambung. aku yang beriya iya study ni jatuh pulak pointer nya. tu sem lepas lah. untuk sem ni moga moga naik lah hendaknya. amin ramai ramai. sama sama lah kita doa ya.

hah.abes tu bila nya yang tak stress? subuh kot. wakakaka!!!

actually, depan mata ada nota pemulihan pengayaan dan juga nota anatomi dan fisiologi atau disingkatkan PPB dan AF. TAPI, sekadar ada depan mata lah. baca dan faham? ermmm. tetttt! takpelah. asalkan lagu yang soothing dan menyamankan ni bergema je dekat telinga aku yang dah beransur sembuh ni. hee. tak habis habis dengan lagu. hee. ok what. mengisi masa lapang. ke?? ahaha. ni apa kes pulak kakak aku yang sorang ni terlompat lompat ni?? teddy teddy aku pulak yang jadi mangsa sebagai penonton dia. parah parah! layankan aja.


rasa macam dah boleh je nak offline sekarang ni. katil ku memanggil manggil. hee. personifikasi ye di situ.  eh orang yang tengah cuti sakan kat rumah tu. enjoy your day ha! kikiki. macam tak pernah cuti. kepoh !! *evil laugh*

p/s: kenapa tajuk entry tu **** ek?? ahahaha! nak tahu tak apa maksud **** tuu?? nak? nak? sila tinggalkan pesanan anda ye.





Saya Sertai Bloglist Haris Kaito.

asalamualaikum dan selamat malam. hee


aku sudah di tagged oleh kakak sorang ini!!


klik banner ni ok.

honestly, banner di atas comel lah! ahaha! tak boleh nak panjang panjang sangat. busybody  busy study ni. hee. tu je lah kawan kawan.


maka saya tagged insan insan ni. :


liyana zahari.
qhairil azril

Saturday, May 21, 2011

urmm.

asalamualaikum. 


sejujurnya. aku suka dia sebab dia NUR AMINA bukan tiz zaqyah. =.='


klik sini. dan explore sendiri.

30 Day Challenge & Day 0 ; The 30 Day Challenge Explanation and Description


 asalamualaikum wbt dan selamat petang.






Day 0: The 30 Day Challenge Explanation and Description
Day 1: Introduce, recent picture of yourself, 15 interesting facts
Day 2: Meaning behind your blog name
Day 3: Your first love
Day 4: Your parents
Day 5: A song to match your mood
Day 6: A picture of something that makes you happy
Day 7: Favorite movies
Day 8: A place you've traveled to
Day 9: A favorite picture of your best friend
Day 10: Something you're afraid of
Day 11: Favorite tv shows
Day 12: Something you don't leave the house without
Day 13: Goals
Day 14: A picture of you last year - how have you changed?
Day 15: Al-Quran verse
Day 16: Dream house
Day 17: Something you're looking forward to
Day 18: Favorite Place to Eat
Day 19: Something you miss
Day 20: Nicknames
Day 21: Favorite Picture of yourself ALL TIME. Why?
Day 22: What's in your purse?
Day 23: Favorite Movie
Day 24: Something you've learned
Day 25: Put your iPod on shuffle, first 10 songs
Day 26: Your Dream Wedding
Day 27: Original Photo of the city you live in
Day 28: Something that stresses you out
Day 29: 3 Wishes
Day 30: a picture of yourself this day and 5 good things that happened since you started the challenge



so qhairil azril? wanna join this challenge? wow! im speaking london!muahaha. hee. 


challenge ni will be start sebaik sahaja aku menjejakkan kai di rumah lepas exam nanti ye kawan kawan. hee. tak dan nak start sekarang. paham paham jelah.

....

boleh tak kalau aku nak jerit je malam malam buta ni. kena banned tak agak agak? hell! apa yang berat sangat ni. ufff!! apa je masalah aku ni? loveletters! tak boleh pulak. ufft!

Friday, May 20, 2011

day ten : 10 final words

asalamualaikum wbt dan selamat petang.



hello peeps! jom setelkan sepulun sepuluh ni eh.hehehe. lagi cepat lagi baik. sebab, lepas ni nak fokus study. gila kau exam lepas ni dekat dekat je harinya. lepas tuu KITA ENJOY!!! muahahah! sila buat bunyi gelak jahat. hee.

mula!! eh jap. final words ek? final word pasal ape ek? okeh. let sat final word pasal menatang sepulun ni lah. senang. hehe.

1. akhirnya!! aku berjaya setelkan task ni! oyeahh!! ada hadiah tak? ok. sila beli sendiri. tak pun kau ugut lah nak hadiah dari sapa sapa. haha!

2. lepas ni aku nak update pasal ape je? macam dah bertalu talu cerita aku update. xpe2. dah nak cuti kann

3. ada task lain tak? jom share. nak buat lagi!

4. seronok kot main ni. AHAHAHA!!

5. dah tak dapat nak bebel bebel 10 benda lagi dah. huhuwaaa!! takpe. lepas ni boleh bebel MACAM MACAM. nak show off macam macam pun senang!

ermm. yang keenam dan seterusnya aku nak buat lain pulak. final words konon konon menjelang saat akhir tengok kau kau kau dan kau. ok. mud sedih.

6. doakan aku dapat pergi dengan tenang. halalkan makan minum terambil tercuri daripada korang. maafkan segala dosa yang telah aku lakukan.

7. along, tolong tengokkan (panggilan anak anak untuk suami aku) baik baik. adik adik tu jangan di biarkan. sayang macam along sayang diri along. macam along sayang (panggilan anak anak untuk aku). jangan lari dari Dia. along takkan dapat. (panggilan anak anak untuk aku) sayang kamu semua.

8. (panggilan aku untuk suami) saya sayang (panggilan aku untuk suami) sangat. terima kasih sebab sudi terima diri saya. dan juga anak anak.ampunkan dosa saya sepanjang jadi isteri (panggilan aku untuk suami)

9. don't cry too much. kita akan jumpa juga satu hari nanti. 

10. 


dah! akhirnya. ermm. yang pergi takkan kembali. yang masih ada sila hargai. bukan untuk kepuasan tapi untuk masa hadapan. orang kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian memang tak guna.

day nine : 10 ways to win your heart

asalamualaikum wbt dan selamat pagi lagi geng!!



dah habis study AF. ok.  BIG liar. sebab entry beberapa minit je lepas entry day 8. ahaha! sila rujuk masa kat bawah sekali entry ok. mana semua orang ni? bosan okeh. bosan bosan bosan. tu je lah kerja kau. buku ada taknak baca!tibai satgi baru kau tahu eh.

okeh!semalam pergi tengok nur kasih the movie. honestly, touched sangat sangat. the bestest malay film for me. tak kisah lah korang nak kata bosan ke, tak best ke, slow ke, apa ke. yang pasti itu adalah yang terbaik. 

macam mana sayangnya adam pada nur sampai sanggup pergi cari cincin nur yang hilang. macam mana adam sanggup hilang nyawa dari hilang nur. macam mana adam sanggup menangis sebab tak sanggup tengok nur kecewa. 

betapa sayangnya nya aidil pada adam dan nur. betapa setianya aidil pada adam yang sanggup jaga nur hingga ke akhir hayat.betapa kuatnya aidil redha dengan qada dan qadar selepas kematian aliya. 

begitu dalamnya kasih nur pada adam sampai sanggup bersusah payah cari adam yang hilang di jordan dalam keadaannya yang tidak tahu ada nyawa dalam kandungannya. betapa tegasnya nur dengan keputusannya demi kesihatan adam.

ok. enuff. aku tak puas nak tengok lagi. sedih? sure! aku manusia normal. ermm . rasanya macam relevan je bebelan tu dengan task aku ni kan? hehe. jom mula kan.

1. dalam hati, dalam diri ada nur islam. kalau tak macam mana nak bimbing aku kan. suami yang baik dapat bimbing isteri dan anak anak ke jalan yang diredhai Allah swt.

2. boleh jadi apa sahaja untuk aku. kawan yang baik. teman yang gila. musuh yang paling dikehendaki. doktor? kaunselor? arkitek? tukang masak? orang gaji? ok. tak dan nak taip semua. yang pasti nya EVERYTHING. hee.

3. terimalah aku seadanya. cara cakap aku yang kadang kadang sangat RUDE. suara aku yang boleh dikatakan orang yang 10 batu pun boleh dengar. messy. jalan berterabur macam beruk dapat bunga. suka merapu meraban yang entah apa apa. sangat suka buat benda yang tak dijangka. unpredictable. nakal sangat dan macam macam lagi lah perangai pelik aku ni. hee. banyaknyaaa!

4. boleh drive kereta manual habis baik lah! ahaha. sebab aku ni kagum dengan orang yang drive kereta manual. hee. aku failed. arghh sudah.berapa million orang pulak yang dah lepas syarat ni. ngeee.

5. eh eh eh! jangan lupa family aku k! macam mana kau hormat mak ayah kau, macam tu jugak kau hormat mama ayah aku. hee.

6. siapkan satu bilik untuk aku simpan novel novel buku buku aku yang bersepah berlambak lambak tak tahu nak sumbat kat mana lagi tu. ahahaha!! demand harus tinggi. lalalala~~!

7. tak pemalas. hello! dah aku ni pemalas, kau pun jangan nak malas malas lah ekk. tak boleh. tak boleh. tak perlu. cukup aku je yang malas.kalau dua dua malas dah takda yang nak tukang bebel suruh jadi rajin. hee.

8. selalu ada bila aku perlukan kau. haihhh. payah tak agak agaknya ni? hermmm. payah kot. ahaha! takpa. kita tunggu dan lihat. bila tiba masanya.

9. minat yang lain dari aku. sebab boleh tukar tukar pendapat idea atau aktiviti yang boleh mengisi masa lapang macam 
 a)
 b)
 c)
isi sendiri!

10. tak pernah menyesal kenal dan kawin dengan aku yang ................ ni. ahahaha. sila isi tempat kosong sendiri.

hee.TAPI tak perlulah nak orang yang sesempurna muhammad kalau diri sendiri tu tak macam khadijah ye shaza oi! nak menang hati aku ni banyak cara. betul. tak tipu. banyak cara. cara yang aku sendiri pun tak tahu. siapa saja jodoh, terima. bak kata nur dalam nur kasih the movie. mungkin kau jodoh aku. atau kau. tau kau. haaa. tak pon kau. ehh kau? kau perempuan. mana boleh! syyyyuuuh~


the best way knowing me is be my other half. hee!


day eight : 10 of aku punya favourite songs

asalamualaikum wbt dan selamat pagi geng!




ok. dah macam terlewat sesuatu kan? ok. honestly, tengah EXAM lah. ni dah alang alang seorang diri kat bilik, hapdet sekejap. japgi nak pulun AF n PPB. 

oraitt. jom kita start hari ke lapan. lagu kegemaran. so simple!

1. semua lagu allahyarham p. ramlee. walaupun artis sekarang ramani dah nyanyikan semula, nyanyian allahyarham juga yang terbaik.

2. maher zain! lagu lagu kau terbaik! the chosen one boleh buat mata mengeluarkan air mata. RINDU pada baginda makin menebal rasa.

3. lagu aizat amdan. soothing beb!!!! 

4. lagu lagu yang ada dalam folder nasyid aku. dari raihan sampai lahh ke devotees. banyak banyak! ni orang kata ubat jiwa. 

5. lagu dalam folder mehdgrmeh aku. haa. sekarang duk buka folder tu je. seventeen, sixth sense, bla bla bla.

6. lagu english? ermm. ada kot. 

7. lagu lagu dalam cerita dream high! walauwehh best kot cerita dia.

8. NEGARAKU! proud to be Malaysian.!

9. azan, hee. 

10. kami guru malaysia. ouhh. soooooo sweet!! erkk?!

enuff tentang entry ni. aku dah ada masalah disleksia dah ni. nak taip huruf lain, jadi huruf laib. ermm.

till then, banyak lagi lagu aku suka dengar ni. sangat sangat banyak. cuma tak mampu nak senarai semua. kadang kadang lagu yang kita dengar boleh mencerminkan perasaan kita. well yeahh. im not lying.


Tuesday, May 17, 2011

day seven : 10 important peopleS!

asalamualaikum wbt dan selamat malam yang men streskan kan!

okeh. tak mahu bebel panjang dan show off hari ni. mood dah berterbangan pergi.

mulakan je terus.

1. MAMA!!! muahh2!! puan hatijah binti daud
2. MAMA lagi!!
3. MAMA aku lagi!
4. ayah ku! shamsudin bin hj dalahalan.
5. shazatul hani bt shamsudin
6. shahir hazwan bin shamsudin.
7. my other family members.
8. FORTERIAN yg 20 ketul tu. u rock my world beb!
9. kawan-kawan tersayang.
10. kau kau kau kau dan semua umat manusia dalam dunia. tanpa korang semua, tak delah dunia ni. oke.

lagi? ikut arahan di bawah.

klik SINI.
dan SINI. weh! lu bikin gua panas hati arini. sekian.
SINI lagi
dan SINI pulak.
dan yang INI.
dah!tak dan nak link semua. kene cecepat. BZ! study okeh!

wish me luck kawan kawan. sayang korang!

choi!

stress! bengong!

Monday, May 16, 2011

day six : 10 items seorang aku can’t live without

asalamualaikum wbt dan selamat malam.

hee.dah selamat dah hari guru hari ni. oh ye. tapi apa berita gembira yang TPM sampaikan ek tuk para guru tu? ok!memang lah aku ni outdated. hee. surat khabar tak baca. tv pon tak tgk. hee. dah dah. kalau nak start entry memang wajib lah aku membebel barang seperenggan dua. ahaha.

ok ok. jom mula sepulun sepuluh yang ni pulak. items tu benda kan?? cikgu, kalau salah sila bagi tahu. kikiki. TAPI! ok font besar pulak. aku taknak terikat dengan benda saja. apa apa pun aku redahh. dare to break the rules ya? ahaha. ok. banyak pulak ok aku ni. hee. im trying untuk tak ulang benda benda yang aku dah sebut dalam entry entry sebelum sebelum ni.

1. udara! oksigen ye anak anak. cuba bagi tahu siapa yang tak perlukan oksigen untuk hidup? ada? ada? hee. even orang yang koma pun dibantu oleh apa nama benda tu ek. entah. yang pasti yang bagi oksigen tu lah.

2. graviti! ahaha. hee. aku tak dapat nak bayang kalau aku ni terapung je. mesti tertonggeng terbalik semua lah. dah payah aku nak pakai baju kurung pergi kuliah. opps!! next! tapi teringin. konon konon ANGKASAWAN NEGARA lah.

3. dabel yu dabel yu dabel yu dot beloger dot kom.

4. air! oyeah! air. kalau takda air aku rasa macam sotong kering. hee. tak caya?? betul tak ni? ok. cuba korang buat ini. jangan minum air selama DUA hari. nak tengok macam mana keadaan korang. kalau masih cergas cerdas pintar maju sila bagi tahu aku. akan ku beri ganjaran.

5. BANK. ahaha. terima kasih ye. kalau bank takda, aku pasti tiap tiap hari aku menhabiskan duit. memang tak menyimpan. teruk betul perangai. hee. tapi, aku ada tabung. kat rumah semua dah penuh. yang dekat hostel tuu. ermmmmm. -.-'

6. makanan. yelah kan. orang yang suka makan macam aku ni. bukan ke payah kalau nak makan tapi takda makanan. kalau nak harap makan angin je, kenyang tak dapat. KEMBUNG adalah. 

7. internet. biasalah. dunia dah maju. zaman dah berubah. ahaha. enuff!

8. lapisan ozon! oyeahh. lapisan ozon dah nipis. hee. cuba korang bayangkan. yang macam ni pun dah panas nak menangis tergolek golek rasanya, inikan pula kalau lapisan ozon tu takda. haa. tak tahu la nak tergolek macam mana lagi kan.

9. musuh. kau gila ke saza oi! ape kes pulak kau takleh hidup tanpa musuh. yelah. cuba korang fikir. tanpa musuh, kau tak tahu diri kau yang sebenar.  pernah dengar tak qoute keep ur friend close and ur enemies closer? ahaha. kerana! musuh tu lagi kenal kau. tak caya. ?? tak paham? let me noe.

10. ROH dan jasad. 

heee. totally blank pulak kepala ni sikit. banyak sangat study kot. ok tipu. banyak lah sangat kau tu study. kalau setakat anatomi tu je yang kau study, tak payah banyak bunyi ye saza. hee.

macam biasa. harus show off.

masih dalam mood hari guru.