Saturday, July 2, 2011

another random story.

asalamualaikum wbt dan selamat petang.

hai. ye. baru selesai larian satu murid satu sukan tadi. 1M1S. mula seawal 730 pagi. larian yang mudah. sebab treknya dekat je. sekitar IPG. 1.5km. ramai yang lari. bagus. semangat sukan tu perlu ada. terutama cikgu yang ada minor PJ ni. 

aku? tak lari. baju je garang. harimau kononnya. tapi duduk tepi trek, shoot gambar orang. hee. some say 'tak aci! tak lari.' 'ni wartawan mana? tamil nesan ke?' fine fine fine. tamil nesan pun akhbar jugak. kalau ada masuk gambar pun, bangga juga korang kan? bangga. biasalah. fitrah manusia. berbangga dengan diri sendiri kalau dapat masuk akhbar. dah. jangan nak mengata aku macam bagus sebab kata korang macam tu. AKU PUN MACAM TU JUGA. aku manusia macam korang. bukan alien.

btw, IPG ni macam dah kosong. masing-masing keluar. faham faham ajelah. haha.dah sampai masa ! haha. ok. berbalik kepada asal tujuan entry ni aku taip. sebenarnya tak paham. manusia mana boleh faham manusia kan. masing masing lain. memang tak sama. tak payah cakap 'aku faham kau orang macam mana'. tapi bila something bad happened kau akan kata ' kau ni pehal?tak paham betul aku ngan kau ni.' padahal situasi yang terjadi ni adalah orang yang sama yang katanya faham tadi. tak faham ke ayat ni? sila baca banyak kali.

dan, jangan lah kata ' aku takda pape lah dengan dia dah.' tapi apa yang orang lain tengok tak sama pun dengan apa yang kau sembangkan tu. eh. tak faham? ni untuk kes yang berpasangan pasangan tu. kata yang mudah couple. hee. hey, being single tu NIKMAT ! kata kata acha septriasa 'berdua lebih baik' tu tak boleh pakai jugak kadang-kadang. haha. masing masing yang baca jangan nak tacing. takda kena mengena dengan yang hidup atau yang dah mati. kalau gedik gak nak tacing, aku tampar laju laju guna tapak kaki aku. sila take note ok.

sedangkan muzium 400 abad pun boleh berubah, inikan pula manusia. kan. cukup lah untuk hari ni. niat di hati esok mahu ke times square. insya Allah. tak pasti lagi *tu pun nak kena tulis kat belog ke? 

p/s ; sempena 2 julai hari ni, selamat hari lahir yang ke 21 ye member. aku wish kat sini je. tu pun kalau kau baca belog aku. haha. semoga panjang umur. semoga jodoh berkekalan. orang kata, jauh di mata dekat di hati. biar jarang jumpa, asal rindu masih ada. kalau kau baca entry ni, bagi tau aku ek?hehe. ciao!

0 comments:

Post a Comment