Tuesday, January 10, 2012

tolong jangan selfish.

asalamualaikum.

hai semua.betul lah orang cakap. belog adalah tempat kau luahkan segala. yeah. memang. tapi yang diluah bukan untuk menyakitkan hati orang lain. sila ingat tu. tapi, kadang kala siapa yang makan cili dia yang akan rasa pedasnya. kan?

negara kita memang lah ada kebebasan bersuara. tapi berpada pada. ada juga yang lantang bersuara. akibatnya? ditahan ISA. dianggap menentang kerajaan. ada juga yang terus dipulaukan. hanya kerana bercakap tentang suatu FAKTA. dah tertulis bahawa fakta adalah benda yang tak boleh dicanggah. kan? tapi. orang tak pernahnya nak faham. biarkan. selagi ada hati, selagi itu orang berkata.

'kenapa kau selalu sangat buat aku sakit? susah sangat ke kau nak hilangkan rasa kau yang suka sakitkan aku?'

hey. pernah terfikir? yang kita pun banyak sangat sakitkan hati orang yang kita rasa banyak sakitkan hati kita? pernah? yea. kita tak pernah nak ingat. kita hanya akan fikir orang yang suka sakitkan hati kita. hakikat, kita pun lima kali dua. mungkin bukan sekarang. tapi, yang dulu? kita pun tak tahu. sebab yang dah jadi sejarah, orang akan lupa.walau sakit.

yang akan datang pula? pasti kita takkan sakitkan hati orang lain? pasti? siapa kita nak pasti tentang hal yang akan datang? sedangkan ustaz Azhar Idrus malah ustaz Don pun tak tahu. jadi, mampu kita nak tahu? silakan berangan.

dalam sesetengah hal, kita terpaksa pendamkan dalam diri,hati kita seorang. takkan mampu nak diluahkan atau dibincangkan dengan orang. akibat? kita rasa sakit tu sampai bilabila. biarkan. dari kita membincangkan sesuatu perkara dan hasilnya nanti kita tetap jua merasa sakit tu. buat atau tak buat, kedua-duanya akan menyebabkan diri sakit. habis? apa lagi tindakan? sakit yang dipendam. aku. yeah. aku. pemendam perasaan dan pendendam. susah kan?

apa saja yang aku taip, aku sendiri tak faham. kan pernah ku bilang. fahamkan diri sendiri baru biarkan orang faham kita. selagi kau tak mampu nak faham diri kau sendiri. kau masih jauhhh. belum mampu nak biarkan orang lain faham kau. kan?

aku sangat unpredictable. kau?

ps ; sekadar tulisan yang takda makna. mungkin.


0 comments:

Post a Comment