Saturday, April 30, 2011

kawin muda.

asalamualaikum wbt dan selamat petang.

haihh. tajuk tak tahan. kan3. haa. kawin muda. apa pendapat korang? for those yang mampu segalanya silakan nikah sekarang. orang kata membina masjid. besar hadiah dariNya tu. tak percaya? cuba dulu. ahaha. ok. gaya cakap macam aku ni ada pengalaman je. no. tak pernah. belum pernah. mungkin satu hari nanti. ahaha. siapa orangnya? haa. itu yang kita tak tahu. aku tak tahu. kau tak tahu. mereka tak tahu. yang tahu adalah Dia. hee.

ok.banyak berangan lah aku ni. hee. honestly speaking, jeles tengok orang kawin. aku bila lagi? huhuwaaa. kikikiki. bukan jeles ape. yelahh. dorang ada ramai photogrpher. lawa pulak tuu jadi pengantin ni. dapat adaih lagi. hee. ramai kawan kwan datang lagi. aishh. kan best tuu. tak best ke haa. and lagi satu takde lah segan2 nak holding hand. sebab ' heyya! dia suami aku. aku punya suka.' 

ok. semalam. haishh. sakit mata ok. duk pegang pegang, duk peluk peluk. hee. hampir lah mulut ni nak cakap ' nak tengok kad nikah leh?' kikiki. naya aku kena sepak ngan lelaki tu nanti. haishh. kalau kau tu tak bertudung, tak berbaju kurung takpe lah. ini~~~. haihh. dah dah. 

ok. tak sabar untuk ini. lihat gambar di bawah....

























zaman sekarang?apakah??!!!

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

tajuk entry macam semacam je kan? yeah. mugkin lah semacam sebab macam macam sangat masalah sekarang ni. aku pernah terbaca atau pun terdengar satu ayat yang berbunyi begini 'zaman kita sekarang makin maju. kenapa mesti nak aplikasi lagi Islam yang zaman dulu kala?' ok. my 1st impression was like 'WTH'?! wei. kau mati lagi baik lah. opss. stop ! thats rude shaza. ada ke Islam zaman dulu dan Islam zaman sekarang? apa pula yang membezakannya? hello! zaman berubah tapi bukan Islam. haish. salah? ok. tell me kalau statement aku tadi  salah, ok. semua tentang Islam tak dapat dibangkang bangkang sebab dah tertulis dan termaktub dalam al-Quran. BUKAN dalam Perlembagaan Malaysia yang ada banyak Perkara laah, Fasa lah. watsoever. hah. sapa kau nak ubah2 kandungan SuratCinta tu. idiot. 

ok. itu hanya 0.00001 % je. dan, aku bukanlah siapa siapa. cuma meluahkan rasa.
hee.aku pun macam korang.banyak lagi yang kosong.banyak lagi ruang yang perlu diisi.
maaf.maaf.dan maaf.
no one perfect.
tiada yang sempurna.
jangan fikir kau tu sempurna.
He knows best.
Allahuakhbar.





Thursday, April 28, 2011

hah?nakk?!

asalamualaikum wbt.

gonna to get this one. bolehh.?

ahaha.berangannnn.

Wednesday, April 27, 2011

hanya Dia yang mampu.

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

haaa!!! short entry. berbilion2 terima kasih untuk beg hitam KN tuu. 


oh my!!

asalamualaikum wbt dan selamat malam. 

hee.miss me?? tak? tak pe. ermm.alaaa!! miss me lahh!!! please!! ahaha.. geeeWWdik kau shaza. ok fine. aku kan sedar diri, sedar masa dan sedar ruang. heee. actually ini quick update je. ahaha. busy lah katakan. lalalala.
sekarang! selesema. hailoh2. jangkit dari sapa ni?? oh maaaaan!! please lahhhh. jangan demam teruk ok. nak exam jumaat ni. huhuwaaaa. takpe. jumaat ni nak balik PD. PD!!!! im coming! PD!! aku cabar kau. ahahha. ada macam KL menjerit punya movie tak? tak? memang lahh. aku bukan minah rempit ok.


wish me sembuh esok. aminn!!

wait for more entry tok minggu ni weekend ni ok. aha.

c yaa!!!

tq sebab miss me ye semua!!

^^,

Friday, April 22, 2011

springfresh ijau!

asalamualaikum dan selamat malam.

apa kau ingat aku kat oversea ke nak spring sangat? ahaha. tu nama air mineral yang aku selalu minum lahh. dah tu je yang kena dengan tekak aku kat koperasi maktab ni. ahaha. guess wat? aku sedang menikmati hot choc plus oat. wahahaha. saving atau diet? entahlahh. mana2 pun bolehh. yang pasti sangat sedap. kikikiki. meh enjoy the meal! *lapaaaaar pulak*. ok cukup. tak payah nak menagih simpati sangat. macam ada je yang simpati ngan kau saza oi.

ok, next. im going home esok. haihh. rindu dekat buah hati tercinta. nak jumpa buah hati sayang aku.waaa. rindu sangat. muah2!! ok. makin nakal. xpe. aku suka lahh.

lagi? dah xde lagi dah. nak fokus buat kritikan sastera menatang yang bikin pale otak aku botak ni. grr!! 


ok.ini buah hati aku. kacak tak?? hee

woi. kurang ajar kau kan?!

asalamualaikum wbt dan selamat malam peeps!

sapa yang kurang ajar?mesti korang nak tahu kan? kan2? nak tahu tak? ahah!! orang itu adalah ~~~~


ahahaha.takda sapa2.sabar2.jangan marah.tahu korang excited nak tahu tadi kan.kikiki. chill ukeh. ermm. saja bosan2. lalu update lahh. sumpah aku bosan ni. hee. warghhh!! kang tidur awal lagi kang haa. macam semalam. hee. tidur adalah salah satu aku selesaikan masalah. alalala. kalau aku ada masalah, korang mesti boleh detect kat muka aku ke? macam ada tulisan 'aku bermasalah' ke kat dahi aku? kee sebab aku jadi diam je? ahaha. pelik lah tu sebab aku yang suke potpet2 ni jadi diam.kan2? ok. jangan perasan orang lain care pasal kau sangat ye saza. haihh!!

ahah!! i got CJ7. lalala. bulat2 gituhhh. comel ngat aihh. heeee. tq kawanbaik. hee. kau ada ke kawanbaik camtu?? wekk. ok saza. enuff. jangan kerek belagak tak ingat diri. karang kau yang tersungkur tak bangun2. then baru nak nyesal. aiyoo. aku dah merapu merapi. ngeee.

ok! kadang2 rasa life ni macam miserable. haaa!! sudahh. tak payah nak miserable sgt lah shaza oii. tampar laju2 guna tapak kaki kang tahu lah. haa. dah2.

last but not least, 
IF YOU DONT UNDERSTAND MY SILENCE, HOW WILL YOU UNDERSTAND MY WORDS?


Thursday, April 21, 2011

selamat tinggal akhirnya



Ku menangis
Degupan hati tergetar
Kau tinggalkan ku sepi
Seorang diri
Tak ku sangka
Takdir kita berbeza
Ku doakan kau temu bahagia


Chorus
Terkenang diri mu
Aku mengenal hidup
Teringat saat pertama hingga akhir
Kau ungkapkan kata
Selamat tinggal akhirnya



Kisah kita berdua menyentuh jiwa ku
Oh wanita
Kisah kita berdua menusuk hati ku
Oh wanita

Ulang Chorus

Kisah kita berdua menyentuh jiwaku
Oh wanita
Kisah kita berdua menusuk hatiku
Oh wanita


Kisah kita berdua menyentuh jiwaku
Oh wanita
Kisah kita berdua menusuk hatiku
Oh wanita

Tuesday, April 19, 2011

nama kau baca diam-diam?

asalamualaikum wbt dan selamat malam.

ok. isu :
kenapa orang suka letak nama pelik2 kat fb? lepas tu bising2 member2 taknak add korang. rasa nak menampor je. ahaha. nama dah sedap2 mak bapak bagi, letak jelahh. kalau tak jangan nak bising2 kata tu site korang. ada paham ke?? takk?? korang punya suka lahh.

hargai nama baik dan sedap yang mak bapak korang bagi tu.

macam SHAZATUL HAZIRAH.

shazatul ; wangi-wangian. *sort of
hazirah ; pilihan yang terbaik.

chill.

maaf. 

daaa.

perah otak mengkritik.

- siji loro telu papat -


as easy as 1 2 3 4






enjoy. =)


Monday, April 18, 2011

hai!

asalamualaikum wbt!

another short entry boleh??

BOLEHHH!!. its mine ukehh.ahaha


haha.tq untuk ini!!! comel ukeh. sepesel! weeee!!! ^^,

..

asalamualaikum.

another short entry.

The fastest way to get hurt is to expect appreciation & rewards for every single thing you do for others. Do it for Allah's Sake.


got the quote from here. tq heliza helmi

antara tanggungjawab dan kehendak hati.

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

tanggungjawab dan kehendak hati. yea. persoalan yang makin bercambah di minda. apakah? mana satu jaga adik seperti yang disuruh oleh ibu bapa atau pergi beli gula-gula untuk diri sendiri? mana satu adalah TANGGUNGJAWAB? tak dapat jawab? ok. pegi hentak kepala korang kat dinding yang berhampiran. xpun mintak rumet atau kawan terdekat tampar pipi korang bertalu2 sampai biol. tu kalau korang tak dapat jawapan yang betul lah kan. tapi memang MELAMPAU lah kalau tak tahuu. grr!!!! idiot. haaahahaa!! sue me.!

ok. contoh atau kata-kata di atas ada membawa maksud apa2 tak kat korang? takda? cube fikir balik. tanggungjwab. nanti kene soal kat akhirat kalau lupa tanggungjawab. berat taw orang yang memikul tanggungjawab ni. terutama sekali pemimpin. rosak pemimpin, rosak rakyat. kan? betul tak? kalau bukan pemimpin yang bimbing dan bersama2 dengan rakyat, macam mana rakyat nak bersatu padu. got the issue?? dapat tak?? tak dapat?? TAK?? ok RE-READ sampai korang paham maksud yang ingin disampaikan. ukehh??

next. kalau ada apa2 masalah atau ketidak selesaan hati dengan aku, sila bagitahu aku dengan senang hati. boleh??? sangat2 mintak tolong ni. sila tolong jangan guna word &%$%$% supaya aku pun tak balas dengan word &%%&^&. boleh?? senang je. aku boleh deal dengan orang yang terus terang baik2 ngan aku. ahahah. sape2? ada takk??? boleh leave comment, or personal2 contact fon aku. senang kan? as simple as ABC. ahaha!!! and lagi satu . aku tak hingin BF orang. ahahah!! seriyesly. i do have ONE. ukehh. lalalalala. better than urs. show off?? sue me!! ahahha. *emo*

finished already?? yeahhh. i think so.
got all my points? heeee. TQ for beinggg soooo memahami ukehh.lalala. TQ a lot. 
marah?
MAAF!
mintak maaf banyak2.
chill jelah.boleh kan.?
as simple as 123.
heee.

till here.

wait for my karangkraf entry.

enjoy the day!  

MAAF.












p/s: untuk ATIRA WAHID, get well soon ukeh dear. <3

Sunday, April 17, 2011

raaaawr!

asalamualaikum wbt dan selamat petang.

haihhh. 
short entry ok. 
read my lips. !!
once aku kata no maknanya no.
 tq.

dah mati!

asalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

haa.ape yang mati??????? 
mesti tertanya2 kan..
takda pape pun sebenarnya.
saja suka-suka.
rasa lain lately ni.
kenapa??
haaaaa.sendiri mahu ingat lah!!!
chow!
innadaaa!!

Friday, April 15, 2011

tak tahu.

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

ok. tajuknya tak tahu. so tak tahu lah. ataupun aku punya suka lah nak kata apa kat sini. site aku kan. ahaha. jangan marah deh.heee.

ok lagi. kenapa ada orang yang 'saya tak setuju ngan awak'. memang ok kalau ada pro dan kontra, tapiiii kalau dah tak setuju tu tak payah la sampai nak keluar word yang boleh bikin hati panas. sebab orang lain pun paham kalau kau nak bagi hujah kau atau pendapat kau. tapi tak payah lah sampai nak buat orang lain macam gila teruk. padahal cara kau sangat2 teruk tu kau tak sedar pulak. cara kau cakap je dah bikin orang lain duk kutuk kau. haihh. entahlah. cube fikir perasaan orang lain. ini pikir kau je. mahu je makan penampar satu hari nanti kan. baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. haaa. masa tu baru kau na sedar memang payah lah sebab dah kena penampar kan.

ok. isu seterusnya. mungkin akan menyentuh sensitiviti lah jugak. and if terasa, aku minta maaf sangat2. boleh?? aku cuma luah apa yang aku rasa. isu nya ialah 'kenapa kalau korang BARU COUPLE tapi dah kecoh2 kat fb lah, belog lah yang korang tu got sumbody??' ok. meh na cerita sikit. bukan aku kata apa, cuma tak payah lah yang terlampau show off sgt2. sikit2 sudah lah. i mean sikit2 tu tak sampai orang lain tgk macam 'eyeeeeewwwwww.macam kau je ade bf/gf''. yeahhh. i mean sikit2 je sebab macam lah korang tu pasti sangat yang bf/gf kau tu akan jadi bini/laki kau. haih. jangan lah marah aku. memang tak salah nak fikir masa depan tapi just fikir pro and kontra. nanti kalau korang yang tak menjadi dengan gf/bf korang tu, mula lahh nak unfriend kat fb, block kat fb, kutuk2 lahh.haaa. tak ke malu jee. ok. dah2. jangan banned aku. tak kesah pun. tapi pada pendapat aku, siki2 sudah laaah. jangan menunjuk sangat2. low profile sudahh. sedangkan yang dah berbahagia beranak pinak pon elok je diam2 low profile ha. so, renung2kan dan selamat beramal.

next. isu apa ekk? ahah!!!!aku rasa ni je kot dulu buat masa ni. sebab macam dah menyentuh banyak hati ni. opssss. jangan marah. jangan marah. if ada apa2 yang nak dikongsi, sila lah tinggalkan komen. ukehhh.

ok. sampai sini dulu.

MAAF SANGAT SANGAT.

bukan maksudkan sesiapa.

ok?

chill?

cool??

maaf lagi sekali.

wasalam.

heee.

Thursday, April 14, 2011

ni hah diee.

























ni janji yang lepas.heee.
ada gambar masa kat IIM.
ada gambar JOHAN.wahh!!
ada gambar para pemenang.
ada gambar Jins Shamsudin.
ada gambar que haidar n linda sorok2.
ada juga gambar shasha saidin.
dan juga ada gambar merayap2.hee

Wednesday, April 13, 2011

luahan hati

asalamualaikum wbt dan selamat sejahtera Malaysia.

ahaha.luahan hati?well. memang semua yang aku bebel kat belog ni luahan hati. kan? betul tak? ahaha. apa apa jelah. okehh. entry kali ni campur aduk. tak spesifik. boleh kan? hee. boleh bha kalu kau.ahaha! gelak lagi. ahaha! oke. today is my birthday!!!! hee. mana kawan baik aku yang sorang tu tak wish lagi. grr.!takpe. tuntut ganti rugi. ahaha. thanks to all the wishers. sayang korang lah. ok. since ada FB ni, memang beberapa kerat je yg wish via my celcom n maxis. hee. dunia dah maju lah katakan. its ok then. thanks to yang memberi hadiah. terharu even sekecil pepasir di pantai. erkk? okehh. jangan korang bantai bagi aku pasir sudah lah. enuff bout birthday aku.hee. jangan nak show off sgt.kikiki.

next! berbilion2 tahniah aku ucapkan kepada PAIZAL SANEK.heee. femes da adek aku yg sorang tuu. macam2 paper tepampang muka dia. haihh. jeles ukeh. ahaha. congratz ye pejal. lepas ni leh pergi lagi jauh tu. sentiasa merendah diri. jangan lupa rumput di daratan. erkk. maaf lah kalau macam peribahasa ni tak lengkap or bunyinya janggal semacam. ahaha. nice job. keep it up! tahniah sekali lagi. ahaha. dia baca tak agak2nya ni. hehe.

kemudian!! hee. nahh!! gambar2 masa pidato and selepas pidato di mana kami berempat iaitu pipah, ika, kak ibrar and aku merayap tak hingat dunia. enjoyy the show. ehh.ade show kee.ahaha. 



ok. 
tipu je. gambar entry yang akan dtg ekk.hehe.

maaf.

tata!! 

^^

Friday, April 8, 2011

selamat hari jadi RUMET!

asalamualaikum dan selamat malam.

ok. entri kedua untuk malam ni. hee. entri khas untuk rumet sayangs aku. hee. kenapa kena ada entri khas.? sebab esok yakni 9 april adalah ulang tahun kelahiran dia yang ke 211 tahum. ehh! terlebih 1. hee. yang ke 21 tahun ok. DUA PULUH SATU. hee. dah boleh dah nak mengundi ni.

ok. dear rumet. ahaha. tacing lah tu kalau baca. hee. hehe!! hehehe!! HAHAHA!! thanks 4 being my fren and rumet untuk tempoh masa 2 tahun ni. walaupun kadang2 kau ni annoying kan aku, kadang2 bikin aku panas, kadang2 buat aku berangin tak pepasal, kadang2 buat aku gelak tak hingat dunia, kadang2 ajak aku buat jahat sama2, kadang2 tuuu, kadang2 ni. haihhh banyak sangat lah kan. memang terkira lah benda yang kitorang buat sama2 especially tang yang keluar tanduk kat kepala tuu. ahahaha. banyak ye. tak terkira.

thanks juga sebab selalu dengar setori telling aku, dengar aku ngumpat2, dengar aku bebel2, dengar aku nanyi dengan suara yang bak siti nurhaliza tu, dengar aku tepekik telolong macam ungka dalam hutan tu, dan macam2 dengar lagi lah kan. ahaha. tadi kadang2 ni dengar pulak. banyak pulak kesah aku ni. heee. ok2.

ni ucapan untuk kau. 

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 21. 
SEMOGA HIDUP KAU SENTIASA BERADA DI BAWAH RAHMAT ILAHI. 
SEMOGA KAU PANJANG UMUR DAN SEMOGA KAU DIMURAHKAN REZEKI. 
SEMOGA KAU DAPAT JODOH YANG BAIK2 DAN BERKEKALAN.
SEMOGA KAU AKAN SENTIASA ADA UNTUK AKU PUNYA KADANG2 DAN DENGAR DI ATAS.
SEMOGA KAU AKAN SENTIASA JADI DIRI KAU.
SEMOGA KAU SENTIASA SABAR DENGAN AKU.
DAN BANYAK LAGI SEMOGA YANG AKU PUN TAK TAHU APA LAGI.

nanti nak pergi daftar mengundi, tunggu aku ok. pergi sama2. ahaha.  

 lokasi ; dewan za'ba.captured by KAU
 lokasi ; the garden. kau lagi yg snap
lokasi ; stadium bkt jalil. kau lagi yg snap 
 dewan apa tah. kau lagi snap.haihh
 sama seperti di atas!
sama lagi seperti di atas.

ni aku letak beberapa gambar kau. saja nak memfemeskan rumet aku haa. heee. hehe!!!

ahahaha!!!sayang kau!!

bosan atau sunyi?

asalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

yeah. bosan atau sunyi? aku sendiri tak tahu mana yang menjadi pilihan hati. korang rasa yang mana satu? herm. mungkin kedua-duanya.kan?tak kesah lah. yang pasti dua-dua perasaan tu saling bertingkah dalam diri ni. apa nak buat? tidur? makan? memang tak terlintas apa-apa pilihan atau jawapan dalam hati dan fikiran.hermm. mengantuk? macam ye. macam tak. tapi da dekat 10 kali aku menguap. entahlah. penat mungkin. atau bosan? atau sunyi?

ok. macam skematik letronik tak ayat dalam perenggan di atas? ahaha!! kalau setuju sila kelip mata sekali. hee. ramai pulak yag setuju. kikiki. ok. perasaan memang bosan dan sunyi. sebab geng-geng nak meroyan tak ada. di ulang TAK ADA. hee. mereka-mereka balik lah pula. hee. takpe2. esok turn aku balik. hee. tapi around petang sikit lah. pagi ada program baik punya. hee. sape yang tahu program apa, sila pura-pura tak tahu. ukehh. hehe.

sebelum terlupa. tadi pergi tengok muvii kat GSC midveli.hehe. RIO. kartun. best. pada peminat katun lah kan. kalau korang-korang kata RIO tak best, apa boleh aku buat kan. citarasa masing-masing. hehe. mungkin sebab ni kot aku penat ni. hee. dah boleh dah kalau nak tido ni. tapi hari masih muda pulak. hee lagi. kikiki. 

ehh! korang rasa sunyi tak? hehe. sunyi lagi yang aku ulang. kenapa nii. hee. yelah2. mengaku. aku sunyi sebab tak dapat nak borak bebel-bebel. hee. apa boleh buat. dah hobi masa lapang dan tak lapan asik nak berbicara je. wakaka. ok. gelar lah apa pun. becok ke, mulut murai ke. aku terima dengan hati yang terbuka. hahaha. baik kan aku? ok. tak payah nak perasan sangatlah kan.

rasa macam dah tak ada rasia nak bebel lagi ni. untuk entri ni, sampai sini jelah dulu. ahaha. pada korang dan sapa-sapa pun lah. sila terima diri aku seadanya ukehh. heeee. 

ok!! sampai sini dulu.

MAAF ok. macam biasalah. kalau-kalau ada yang terasa.

baik.

tata.

c yaa!

Wednesday, April 6, 2011

situasi.

asalamualaikum dan selamat sejahtera.
hai u guys. miss me? ahaha. perasan. ada ke orang rindu kau. orang menyampah ramai lah kot. wehh!! ada aku kesah ke kau menyampah dengan aku. ahaha. ok. ayat nak cari gaduh pulak. ampun semua.

situasi semasa 1.
MUET. speaking done. tak sabarsabar nak tunggu sampai abis 16hb ni. haihh. bajet kau terer english. berabuk katanya. memang tipu. kikiki. nevamind.  tak salah mencuba. TAPI. malaysian especially MALAY mest kalau dengar orang lain ber speaking dengan slang melampau2 atau saja suka nak speaking mesti orang akan kata "POYO". haihhh. tahu lah kau tak reti speaking. tak payah nak mengata orang lain ukehh. dan! kadang2 atau SELALUNYA bila dengar kawankawan speaking mesti ade dengar punya lah gelak2 yang menyakitkan hati. helo!! at least kami mencuba. memperbaiki diri sendiri.  im not saying that kami membangga2 kan bahasa orang. tapi tak salah kalau kita dapat kuasai bahasa pengantar seluruh dunia ni. kan.? kan.? correct me kalau salah ukeehh.

situasi semasa 2.
KERJA. okehh. aku admit. keje masih tak setel lagi. maka dengan ini terpaksa lahhh sign out dari blogspot ni. nak buat model. ahaha! well. cikgu ni bukan setakat mengajar. kami ni macam2 ada. cikgu ada, doktor ada, arkitek ada, macam2 lah lagi yang ada. ahaha. next entry kalau rajin aku akan cerita pasal cikgu pulak ukehh.

ahhh.timessss's'ss'sss up! ahaha

got to go. ada macam lagu najwa tak?kiki.

chow. maaf kalau ada yang tak berkenan di hati. aku pun SAMA MACAM korang. TAK SEMPURNA.

tata.

maaf sekali lagi.

terima kasih kerana sudi baca.