Sunday, February 17, 2013

...

assalamualaikum.

hai. me. again.

hekhem! *batuk okey*

hidup ni bukan selamanya kita kat atas. tapi tak selamanya pulak kita kat bawah. ada masa kita suka. ada masa duka yang menyapa. tapi tak apa. itu semua penambah rasa. *macam pantun pulaks*

kadang bukan semua benda kita boleh luah pada orang. kadang kita akan lebih selesa menulis. menulis segala isi hati. kan? menulis bukan untuk menarik simpati. bukan juga untuk merendahkan diri.

eh aku. aku jenisnya yang macam tu. macam tu lah. 

complicated. 

pernah dulu. mungkin sekarang. mungkin juga setiap masa. aku kata aku takkan kisah. aku taknak amik tahu. tapi, at the end of the day aku yang paling cacing kepanasan bila hakikat aku sebenarnya kisah dan aku memang nak tahu. ye. mulut memang akan kata tak. kurang ajar kan mulut ni. tak pernah nak kerjasama dengan hati. tak boleh ke kerjasama. kan lagi mudah. mudah! tak paham ke?!

ah. mulut pun aku punya. hati pun aku punya. boleh je kalau aku nak bia dorang kerjasama. saja mengada. kalau dah memang dasar mengada, memang selama macam tu. rasa nak menampar je muka sendiri. biar rasa sakit macam mana orang lain sakit sebab aku. eh.

orang orang yang aku sakiti, aku minta maaf dari hujung rambut sampai lah hujung kuku kaki aku yang tak berapa nak panjang ni ye. kalau panjang kang tak boleh. huduh. tak elok. ahaha. ikhlas dari hati. maaf yang tak terhingga.




ps 1 ; menulis dan terus menulis. sila hadam semua yang ditulis. kalau tak nak hadam sila jangan singgah sini lagi. kboi.

ps 2 ; segala apa yang kutulis aku jarang bawak keluar. maksud aku, keluar untuk dibincang di alam nyata. tulisan aku bukan untuk dibincangkan.

0 comments:

Post a Comment