asalamualaikum wbt!
hai bebudak IB!! i mean budak budak institut bahasa. hehe. agak agak bila lah bangunan baharu kita tu nak siap ek? agak agak sempat tak sebelum nak habis degree neh? DAN, dah tak sanggup nak redah habuk habuk, lecak lecak tu lagi. kalau setakat nak redah gitugitu takda lah hal sangat. yang menjadi hal bila ada sang pemandu kenderaan yang agak kurang berhemah. heyya drivers. saya tahu lah kereta masingmasing besarbesar canggihcanggih, tapi hormat lah juga kami yang berjalan kaki tepi jalan tu. agakagak jalan kering dan berdebu tu, tak payah la nak drift bagai kat situ. dan juga, kalau agak agak waktu tanah berlecak bagai lepas hujan tu, tak payah la nak test bunga tayar tu drive lajulaju. kasihan kat kami ni kena tempias walaupun kami ni tak hingin langsung nak tengok kecanggihan bunga tayar terbabit.
pesanan ni bukan hanya untuk di IB. tapi juga untuk di setiap jalan yang ada kat bumi ni.
pesanan dari insan yang selalu juga menjadi mangsa debudebu dan curahan air terbabit.
sekian untuk hari ini.
ps istimewa untuk si sahabat hati : awak, awak kena ingat tau. rezeki tu ada kat manamana saja. rezeki awak mungkin belum sampai. Dia belum nak bagi dekat awak. awak kena redha. jangan salahkan takdir ye. dan, awak janganlah kata yang awak segan dengan saya. siapalah saya ni awak nak segansegan kan. kita kan samasama je. dan juga,sekali awak jadi kawan saya, sampai bila awak akan jadi kawan saya. kalau awak sedih, saya akan gembirakan awak. kalau awak gembira, saya nak kongsi sama gembira awak tu. itulah namanya sahabat. kan awak. so chill!!
0 comments:
Post a Comment