Friday, August 12, 2011

bangga diri.

asalamualaikum wbt dan selamat malam. 

12 ogos 2011. yeah. ramadhan yang ke-12. alhamdulillah. masih bernyawa untuk meneruskan hidup yang penuh drama dan kisah. pelbagai drama dan kisah yang dilalui. dari yang sekecil kecil ksah hingga ke sebesar besarnya.

bangga diri? kalau ikut topik ni maksudnya berlagak. konon u are the best. show off. kenapa? apakah? ok. lets the story begin. hakikat sebenar, semua orang tak lepas dari sifat yang satu ni. bangga. bangga diri. bila dipuji, mesti perasaan tu wujud. kan?

TAPI , perlu ke nak over sangat reaksi tu? sampai nampak kau tu sangat lah menjengkel kan. gaya macam lah kau tu PALING bagus. orang lain yang seribu juta kali ganda lebih baik dari kau pun tak bereaksi macam kau. ke kau memang macam tu.? memang suka over the top. macam orang lain dah sampai puncak gunung kinabalu, kau nak lebih, jadi kau naik pulak atas batu yang ada atas gunung kinabalu tu. nak lebih tinggi dari orang lain. padahal kau tu takda lah HOT sangat pon. 

dah lah kau tu spesis yang suka sangat menjatuhkan orang lain. tunjuk kau tu baik sangat. hakikatnya, orang sekeliling kau nampak kau TERUK sangat. kau tak rasa ke? dan, kau tu memang MACAM BAGUS. arghh. kalau kau memang BAGUS takpe. aku redha. TAPI~~

perangai kau. aku tak tahulah. to be honest, ramai yang jengkel dengan perangai kau. bila kau nak berubah? ehh. sungguh lah aku tak paham. sepanjang perkenalan aku yang dah 5 tahun dengan kau, kau memang such a loser. HAHA. ok. enuff shaza. sudah lah tu.

kalau Dia nak tarik balik apa yang dia bagi kat kau. sekelip mata pun boleh. tak payah tunggu lama. tapi Dia nak uji kau. macam mana kau atasi. pada aku, kau gagal. gagal terus. F. failed bebeh. do change kalau kau masih nak orang senang dengan kau.

btw, aku dah pernah nampak orang yang kau hina naik lebih tinggi dari kau. muka kau yang frust tu, aku boleh nampak sejelasnya. jangan ulang benda tu. sebab kau yang akan ditertawakan nanti. masa tu, kau nak menyesal pun takda guna woi! 

lagi satu, kau suka nganjing orang. bila orang nganjing kau balik, MARAH tak hingat. it was like WTH . sedar sedar lah. kadang kadang orang yang kau nganjing tu adalah orang yang WAJIB kau hormat. sebab orang tu bagi ilmu dekat kau. jangan jadikan ilmu tu tak berkat. susah kau pada masa akan datang. sedar ye?
*nganjing = duk bahan orang lain. faham sendiri lah

yeah. mulut aku memang laser. memang pedas. sebab tu ada je hati yang terasa bila aku bercakap dan juga sebaliknya. yelah. aku pun bukan maksum kan macam para nabi dan rasul. tak lepas dari dosa. *Maksum bermaksud terpelihara daripada melakukan sesuatu mengikut nafsunya sendiri, malah semuanya adalah kehendak Allah S.W.T.

sama sama kita muhasabah diri. pada kau yang dah aku kenal 5 tahun, kalau terbaca dan tiba tiba rasa macam kau tergigit cili, sila sedar ye. kikikikiki. entry ni untuk kau dan juga aku ubah dari yang buruk kepada yang lebih baik. wallahualam.

to be honest, entry ni aku main redah je taip. takda kronologi wacana semantik dan sebagainya. sebab MAIN REDAH je let go apa yang ada dalam hati. malas nak re-read and nak taip ayat yang senang faham, jadi kalau kau yang membaca tak paham, baca lah berkali kali. sekian

p/s ; sumpah aku menyampah apa yang aku nampak tadi. ramai yang perasan. hee. 

1 comment:

  1. hahahah ye shaza. rindu uuu jugak!! hehe. ahah. pembace tegar. lol. hari2 tengok blog cegu shaza jugak.bile kite nak jupe2 lg neh :D

    ReplyDelete