Sunday, August 28, 2011

me again.

asalamualaikum wbt dan selamat petang u guys!!

haha. ok. tak nak cerita panjang panjang. saja je update sebab tahu dah korang rendu ngat nak baca entry baru kan. ngee. over perasan di situu.

haha. selamat berhari raya semua. sila lah berpada pada. kepada pemilik belog si mimin, nanti kita update cerita pasal PBS tu ekk. hehe.

till here, papaiii!! 

Sunday, August 21, 2011

sila maklum.

asalamualaikum wbt dan selamat petang yang panas.

ok. short entry.

to : stalker yang tak senang dengan aku

sila tolong jangan singgah profile FACEBOOK saya menggunakan akaun FB orang lain. contohnya. akaun boyfren atau girlfren masing masing. kalau nak tahu sangat hal aku, ADD je. apa guna ada button ADD tu. 

sekian. terima kasih atas kerjasama kau.


p/s ; ramadhan almost end. sedih bhai!


Friday, August 19, 2011

random lagi.

asalamualaikum. tak jawab dosa. kalau jawab sayang. 
ok. terikut maria elena is greek helen pulak.

haiii! *baru nak mula membebel ni. pejam celik, pejam celik, dah masuk ramdhan yang ke 19. kan? kejap je masa tu berlalu. macam mana keadaan kat surausurau dan masjidmasjid? masih penuh macam awal ramadhan dulu ke? ke makin penuh? hahaha. bak kata ustaz ghazali ibrahim hari tu, kalau dekat nak RAYA ni surausurau dan masjidmasjid penuh dengan kaum muslimin muslimat, dah boleh dah siap sedia tunggu bulan bintang gugur ke bumi. tak faham? KIAMAT lah brothers and sisters. to be honest. aku tak bersedia. aku tak bersedia lagi. sikitnya lah amal aku nak bertemuNya tu. Allah. -.-'

ok ok. sambung lain. ehh. waheeda sangat cumil berpurdah.!!!

ok. sebenarnya aku takda idea mende pun nak update ni. cuma nak bagi tahu yang esok ada kelas and kena hantar tugasan SDP. seni dalam pendidikan. *sighhh. and ya! sabtu aku akan ke ipoh. well well well. mahu ber PBS. haih. geng-geng IPG tahu lah PBS tu apa kan. hehehe. ok. gudlark pada semua yang akan join program tu.

jadi nya, takkan ada update dari aku for the whole week lah kot. sebab, lappy merah ni nak kena hantar balik PD. xdan lah pulak aku nak angkut bawak pergi ipoh tu kan.ahah!!  sangat lah eksaited nak naik tren pergi ipoh tu walaupun SETIAP minggu aku balik PD naik KTM. banyak betul jasa ktmb dengan aku kan. hahaha. ok merapu lagi.

and korang jangan rindu rinduan pulak nak usha entry terbaharu aku. kalau rindu gak, korang sila lah usha entry entry yang ada kat belog ni since 2 years ago. banyak dah kot. sampai aku pun lupa apa apa cerita yang aku duk ngumpat kat belog ni. HAHA. *gelak jahat di malam yang mulia lagi sejuk.

di sebabkan LAMBAAAAAAT lagi nak raya, aku TAKNAK ucap selamat hari raya sekarang. sebab aku belum puas bersama dengan ramadhan ni. bulan barakah! bulan di mana pintu syurga di buka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup habis. subhanallah! besar betul nikmat sepanjang ramadhan ni. kan? kan?

aku akan merindui ramadhan. oh. nak jugak aku tulis tajuk solusi yang baru.

KALAU INI RAMADHAN YANG TERAKHIR, LAYAKKAH KITA BERHARI RAYA?

rasa sebak tak? aku rasa. sebak sangat. ok habis. ='(

p/s ; kan tahu aku ni jenis yang suka  merapu meraban, tak payah nak pelik dengan entry ni ok. and. kenapa sem ni BUSY sangat? duhhh.




Thursday, August 18, 2011

gumuknya aku sekarang!

asalamualaikum wbt dan selamat malam.

herm. orang puasa berat makin turun tapi yang aku ni duk maintain je kenapa? bila nak turunnya? kemon lah! kena join farah punya herbalife ni. wakakakkaka.


ouh no! im fat. *sighhhhh

p/s ; busy!

Wednesday, August 17, 2011

=.="

asalamualaikum wbt dan selamat malam.

bosan buat tugasan seni dalam pendidikan. teori lagi! urghh.

ok. short and simple.

never assume something that bother ur mind. ask people. 

TAPI.

bila orang TAK MAHU jawab ur question, do RESPECT their decision okeh.

jangan sampai that orang rasa nak tampar muka kau.

hee.

sekian untuk kali ini.

tata brothers and sisters!



p/s ; kadang kadang entry aku takda kaitan dengan siapa siapa. tapi SELALUNYA ada. so chill. sebab aku tak mention nama siapa siapa. siapa rasa lidah pijar tergigit cili, dun put the blame on me! *GIGGLING

Monday, August 15, 2011

perlu rasa menyampah atau rasa bahagia?

asalamualaikum wbt dan selamat malam.


apa yang aku rasa?
aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku.
kalau iye pun kau hanya tahu nama aku dan kisah aku dari mulut orang lain.
kau tak bersama aku untuk kenal aku luar dan dalam.
kau tak bergelak ketawa, bersedih hati dengan aku
then why kau mesti nak ada satu perasaan yang negatif terhadap aku?
kau dan aku sama
sama dari segi jantina dan .............
aku tak minta banyak.
sebelum kau berfikiran NEGATIF pada diri aku,
sila kenal aku luar dan dalam.
tak cukup kalau kau tahu hal dan kisah aku dari mulut orang lain.
and yes. mulut orang tu pun belum tentu betul atau tak.
you are such a little girl.
fikiran biar sematang muka.
dan JANGAN SHOW OFF!!!!
kau sendiri yang rugi nanti.
sekian.

p/s ; pissed.

Sunday, August 14, 2011

all of sudden.

asalamualaikum wbt dan selamat petang.

yep. TIBA TIBA tekak ni rasa teringin sangat nak makan makanan ni.










CHOCOLATE CHEESECAKE! tempting GILA ok.

Saturday, August 13, 2011

takda motif.

asalamualaikum wbt dan selamat malammmm!


kanak-kanak punya solat.

asalamualaikum wbt dan selamat pagi.

hai! another update. tadi ber jalan jalan lah kat laman sesawang neh. jalan punya jalan and jumpa aiman azlan said something. he said that "‎2 years being in Canada, I do not recall seeing saf for children only. The child will pray beside his/her father/mother, together with other adults. No wonder the children behave during the solah (not always though). If you put children with children, what do you expect will happen? Are they going to pray or are they going to play?"

yeah. the way they teach their children sangat bagus. kan? kaau kita tengok kat surau surau rumah kita ni, kanak kanak mesti duduk saf belakaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sekali. the reason why word belakang aku tu dipanjangkan adalah untuk menunjukkan yang dorang akan duduk kat saf paling paling belakang. saf belakang saf wanita. kan ke saf paling belakang tu. haaa.

last week, pergi satu surau nu. to be honest those children buat bising. totally! buat muslimin muslimat yang nak terawih terganggu. dengan mercun nya bagai. aduhai. kalau ibu ibu dan bapak bapak rasa anak anak tu tak boleh nak duduk diam waktu solat SILA LAH TINGGALKAN aje kat rumah. ttime makan moreh, elok pulak diam nya masing masing. it was like =.=" (mengeluuuuuh)

yeah. it is all about mentality. we need to change. kan? form not so good to best. kan? ermm. betul juga, kita hanya akan nampak Islam tu dipraktikkan dengan baik sangat di tempat yang kebanyakkannya terdiri daripada orang orang yang bukan Islam. well. ayat aku yang ni macam tak berapa best sebab tak reti nak jadikan best. tak reti nak let go ayat yang betul. faham dalam diri sendiri je. well, read contengan jalanan then u'll know what am i saying about.

till here brothers and sisters.

have a nice day.

p/s ; think before doing something or saying something. diri sendiri, sila muhasabah.

ku rindu.

DATARAN BUDI.


Friday, August 12, 2011

bangga diri.

asalamualaikum wbt dan selamat malam. 

12 ogos 2011. yeah. ramadhan yang ke-12. alhamdulillah. masih bernyawa untuk meneruskan hidup yang penuh drama dan kisah. pelbagai drama dan kisah yang dilalui. dari yang sekecil kecil ksah hingga ke sebesar besarnya.

bangga diri? kalau ikut topik ni maksudnya berlagak. konon u are the best. show off. kenapa? apakah? ok. lets the story begin. hakikat sebenar, semua orang tak lepas dari sifat yang satu ni. bangga. bangga diri. bila dipuji, mesti perasaan tu wujud. kan?

TAPI , perlu ke nak over sangat reaksi tu? sampai nampak kau tu sangat lah menjengkel kan. gaya macam lah kau tu PALING bagus. orang lain yang seribu juta kali ganda lebih baik dari kau pun tak bereaksi macam kau. ke kau memang macam tu.? memang suka over the top. macam orang lain dah sampai puncak gunung kinabalu, kau nak lebih, jadi kau naik pulak atas batu yang ada atas gunung kinabalu tu. nak lebih tinggi dari orang lain. padahal kau tu takda lah HOT sangat pon. 

dah lah kau tu spesis yang suka sangat menjatuhkan orang lain. tunjuk kau tu baik sangat. hakikatnya, orang sekeliling kau nampak kau TERUK sangat. kau tak rasa ke? dan, kau tu memang MACAM BAGUS. arghh. kalau kau memang BAGUS takpe. aku redha. TAPI~~

perangai kau. aku tak tahulah. to be honest, ramai yang jengkel dengan perangai kau. bila kau nak berubah? ehh. sungguh lah aku tak paham. sepanjang perkenalan aku yang dah 5 tahun dengan kau, kau memang such a loser. HAHA. ok. enuff shaza. sudah lah tu.

kalau Dia nak tarik balik apa yang dia bagi kat kau. sekelip mata pun boleh. tak payah tunggu lama. tapi Dia nak uji kau. macam mana kau atasi. pada aku, kau gagal. gagal terus. F. failed bebeh. do change kalau kau masih nak orang senang dengan kau.

btw, aku dah pernah nampak orang yang kau hina naik lebih tinggi dari kau. muka kau yang frust tu, aku boleh nampak sejelasnya. jangan ulang benda tu. sebab kau yang akan ditertawakan nanti. masa tu, kau nak menyesal pun takda guna woi! 

lagi satu, kau suka nganjing orang. bila orang nganjing kau balik, MARAH tak hingat. it was like WTH . sedar sedar lah. kadang kadang orang yang kau nganjing tu adalah orang yang WAJIB kau hormat. sebab orang tu bagi ilmu dekat kau. jangan jadikan ilmu tu tak berkat. susah kau pada masa akan datang. sedar ye?
*nganjing = duk bahan orang lain. faham sendiri lah

yeah. mulut aku memang laser. memang pedas. sebab tu ada je hati yang terasa bila aku bercakap dan juga sebaliknya. yelah. aku pun bukan maksum kan macam para nabi dan rasul. tak lepas dari dosa. *Maksum bermaksud terpelihara daripada melakukan sesuatu mengikut nafsunya sendiri, malah semuanya adalah kehendak Allah S.W.T.

sama sama kita muhasabah diri. pada kau yang dah aku kenal 5 tahun, kalau terbaca dan tiba tiba rasa macam kau tergigit cili, sila sedar ye. kikikikiki. entry ni untuk kau dan juga aku ubah dari yang buruk kepada yang lebih baik. wallahualam.

to be honest, entry ni aku main redah je taip. takda kronologi wacana semantik dan sebagainya. sebab MAIN REDAH je let go apa yang ada dalam hati. malas nak re-read and nak taip ayat yang senang faham, jadi kalau kau yang membaca tak paham, baca lah berkali kali. sekian

p/s ; sumpah aku menyampah apa yang aku nampak tadi. ramai yang perasan. hee. 

Thursday, August 11, 2011




BODOH SEPAT!






......

Sunday, August 7, 2011

bersatu kawan-kawan ku!

asalamualaikum wbt. 
kita adalah saudara!! hehe. sempena ramadhan yang masih berbaki banyak hari ni, layan jelah nasyid dari raihan ni.

BERSATU.


Menjadi harapan untukku menyaksikan


Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan


p/s ; letihlah kalau kau asyik nak harap aku je approach kau! kang aku buat keputusan drastik baru kau nak sedar kan.

Saturday, August 6, 2011

short and short.

asalamualaikum dan selamat malam.

macam mana berbuka puasa tadi? ikut nafsu ke tidak? haaa. ini adalah entry cepat dan pendek.

kek lapis sarawak yang cun cun unik unik dan lawa lawa tu orang kata TAK HALAL. herm. dari segi atau aspek apa, tidak jelas pulak tadi. barangkali ramuannya yakni butter yang digunakan. entahlah. wallahualam.

air berjenama yeo's pun begitu. sebab dengar dengar pengeluarnya ada hasilkan arak jugak. herm. 

saya tidak pasti. SAYA TIDAK PASTI. sila share dengan saya kalau ada apa apa info tentang dua perkara ni.

=.="

p/s ; nasib kereta tak masuk longkang. hehhe.

the boys and the girls.

asalamualaikum wbt dan selamat tengah hari.

hah! hari ke enam puasa. korang semua puasa tak? kalau agak agak memang SENGAJA nak ponteng puasa tu, ingat Allah ye kawan kawan. nanti free free aja Dia bayar tunai. sekian pesanan daripada penaja hari ini.

berbalik pada tujuan asal. dua hari lepas, yakni 040811 genap lah 3 tahun aku bersama geng geng FORTE. kenapa? oh yeahh. untuk pengetahuan ramai, aku ni budak second intake. tapi, input yang korang dapat, sama je dengan aku yang second intake ni. hee. sekian.

jom bercerita. masa mula mula menjejakkan kaki ke IPBMM ni, memang macam 'ehh. ada ek maktab ni. tak pernah tahu.' kikikikik. sedangkan orang yang memang duduk KL pun tak tahu, inikan pulak aku yang IC nya bernombor 05 tengah tengah tu.

banyak kisah suka dan duka yang aku lalui sepanjang di IPG KBM (nama baru. katanya nak upgrade jadi universiti pulak lepas ni.) nampak tak gambar wira wirawati negara dekat side bar aku tu? kecik sangat ek? ahaha. meh aku letak gambar gambar insan di sebalik kelas 4F. insan insan yang bertanggungjawab menceriakan PISMP 4F.

 ini mummy kami. haha. tuto memang selalu takda. HEAVEN.

ini pulak antara jejaka yang banyak ragam. boleh pening layan nya


ini lah dia WIRA WIRAWATI NEGARA tu. bakal guru. INSYAALLAH

 ini tercandid. c faiz pergi bersin baik punya sembur

 ini pasangan senior kelas kami. haha. habis cute dorang ni.

 ni freestyle kami. haha. comel jek.


 ini kami mengisi masa lapang dengan lepak sakan. kikiki.


 yang putih ni antara setiausaha kelas yang paling rajin. yang kuning tu pula penolong kami semester ni.


 yang ni apa kes pun tak tahu.


 ni kami lagi yang 20 kuntum tu. hahaha.


 dan lagi lagi gila.


 faiz,faza,zaki.mizi. eh nama dorang 4 huruf je.


 satu lagi pasangan dalam kelas kami. hehe. wink wink.


 masing masing bz buat amali anatomi dan fisiologi.


 tengah fokus bagi info. *bajett!


 tengah syok nanyi lagu yang satu dunia tahu. happy birthday miji.


miji malu malu kucing. piiraaah!!


hahaha. ni jelah update buat masa ni. oke? see you guys dalam entry yang akan datang. tata!

p/s ; BOSAN sangat. huwaaaa.

Wednesday, August 3, 2011

one of my favourites.

ASHHABUL KAHFI

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya tiga ratus sembilan tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada Ashabul Kahfi
Tiada mustahil didunia ini
Jika kita beriman dan bertaqwa

Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanji syurga
Qitmir yang mulia



wordless wednesday.


Tuesday, August 2, 2011

sekadar perkongsian.

FADILAT SOLAT TERAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

p/s- mari kita share info ini kpd semua saudara2 kita, kita boleh print&photostat ini berikan kpd saudara2 kita sbgi peringatan.