Thursday, September 19, 2013

17 September 2013

salam alayk.

semalam. seronoknya. main game kat arcade.balik, tidur. terjaga. ahh syamim call waktu tidur ni kenapa? okay tak sempat pulak nak angkat. eh, call ika pulak? ouh. celik. suara ika cemas.'KAU BIAR BETUL MIM?!'. aku? cecepat bukak whatsapp FORTE. 'betul ke Encik Suriani meninggal?' tulisan tu kabur. baru bangun kan. segar je mata, terus bangun! mendadak! nasib tak pengsan bangun mengejut cenggitu.


ALLAH. sesungguhnya mati tu dekat sangat. sangat. cecepat asar! khabarnya jenazah ada dekat surau. cecepat start enjin kereta. cecepat ke surau. Allah, ramainya orang. ramai! sampai ke tangga surau, aku jejaki mana jenazah? aku lihat, jenazah ditutup dengan kain. izin, izinkan aku lihat wajahnya. Allah. terus banjir. mukanya tenang. tenang sekali. terus.terus duduk menunggu rakan lain. cepat lah. encik kita dah takda ni. nangis lagi.nangis.nangis sampai rasa sempit dada aku.


apa?ingat nangis boleh hidupkan semula?


ikut bas ke rumah arwah. Allah. sebak tu jangan cerita lah. alhamdulillah. pagi tadi selesai semua. satu kelas ke sana. ke rumah terakhir arwah. penghormatan terakhir buat arwah. kagum. kagum. dari awal sampai ku sudah. aku tak nampak setitik pun air mata dari mata balu arwah. Allah. kuatnya. *nangis plak skang!* . selesai semua lepas siraman terakhir air mawar buat arwah, balu arwah pengsan. kuat di luar. yang dalam? siapa yang tahu?PALING TERKESAN! PALING!


kebetulan. sepatutnya pagi tadi. jam 8 hingga jam 10 kelas aku dengan arwah. kebetulan. tepat jam 10 pagi tadi, terkambus sempurna arwah di rumah terakhirnya. kebetulan yang ermm. cantik dan indah betul susunan Allah.

ye. ramai yang rasa kehilangan. terasa. paling dalam rasa. walaupun arwah masih baru di IB, namun karisma dan kebaikan arwah melata! arwah tak lokek. arwah suka berkongsi. Allah. akan rindukan cerita cerita arwah. arwah jugalah yang aku kenal pertahankan dengan segala usaha kami pelajar IPG.


Allah. tak mampu aku nak teruskan lagi. kabur mata dengan air mata. kabur. mungkin nanti kusambung lai kisah arwah. arwah baik! baik sekali. benar lah janji Allah. dia rindukan hambaNya. jadi, Dia amik cecepat. taknak hamba kesayangan terus dipalit dosa. 


janji yang pasti, MATI.


akan terus merindui arwah. semoga keluarga arwah tabah. amin inshaAllah.

semoga arwah tenang di sana. gambar kenangan semasa dapat panggilan daripada pihak IJN kalau tak silap.


'tolong catat tarikh hari ni. ada appoinment dengan IJN Jumaat (13 Sept 2013) ni. kena pergi check lah. kalau takde pape alhamdulillah. kalau kena tahan wad, ikut jela. doakan untuk saya ya'


rancangnya, pagi tadi kat kelas nak tanya macam mana pemeriksaan kat IJN haritu. tapi.....




al fatihah. ENCIK SURIANI BIN MOHD SUKINDAR.


0 comments:

Post a Comment