Thursday, August 15, 2013

hari ini.

salam alayk.

it has been a while! oke i lied! baru je update beberapa hari lepas. eh, who cares?

awak. awak yang kat sana tu macam mana? apa khabarnya? Allah. kalaulah saya ada kuasa yang maha hebat, saya dah tolong. saya dah tolong awak yang kat sana. tapi, saya takda kuasa yang saya harapkan tu awak. kuasa yang saya rasa paling berkuasa sekarang ni doa je. doa untuk awak kat sana. awak. doa tu kan antara senjata yang maha hebat awak. awak. saya pernah terfikir, alangkah baiknya kalau saya dapat tukarkan awak dengan saya. saya berada kat tempat awak, dan awak berada di tempat saya. tapi saya yakin. awak mesti mesti mesti lagi suka kat tempat awak. saya yakin tu. awak mengejar syurga. syurga Allah. tapi saya, saya dan saya, katanya mahu mengejar syurga Allah. tapi ......


awak. awak hebat. awak diuji dengan ujian yang maha hebat. ujian yang maha besar. awak. janji Allah tu hebat. Dia kata Dia takkan uji hamba Nya melainkan Dia tahu hambaNya mampu hadapi ujian tu. Allahu rabb. berat sangat ujian yang awak lalui. berat pada saya awak. terlalu berat. 


*meleleh air mata*


awak. inshaAllah. syurga yang paling indah menanti awak. saya, saya ni belum tentu lagi. tapi, ya. saya mengejar syurga tu awak. syurga yang Dia janjikan. awak. saya doa awak bahagia. bahagia di samping kekasih kita yang manis tu. bahagia di samping Allah awak.

*berlinangan air mata*

ya Allah ya Rahman ya Rahim. Kau selamatkan saudara saudaraku ya Allah. Kau lindungi mereka daripada fitnah dunia ya Allah. ya Allah, Kau berikan saudara saudara ku syurga yang paling indah ya Allah. perjuangan mereka terlalu hebat ya Allah. ya Allah, Kau ampunkan dosa dosa mereka ya Allah. berikan ketenangan pada diri mereka ya Allah. ya Allah. selamatkan bumi Mesir ya Allah. selamatkan bumi Syria ya Allah. selamatkan mereka yang ditindas ya Allah. hanya doa yang mampu aku lakukan ya Allah. sesungguhnya Kau yang Maha Bekuasa ya Allah. selamatkanlah mereka ya Allah. hanya padaMu kumemohon pertolongan ya Allah. amin ya rabb.

*tersedu*



ps ; doa tu senjata. kita bantu mereka ya? ;') 

0 comments:

Post a Comment