Thursday, June 14, 2012

ini aku copy paste sajeee.


1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya.
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.

Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?


Wednesday, June 13, 2012

zombie cafe.

asalamualaikum!

hehe. well, entry memang tak ada kaitan dengan tajuk. tapi, kalau nak kaitkan juga, boleh la. tu nama game yang aku duk addict sekarang. bateri low sebab asyik dengan game tu lah. blergh!

baik! *bunyi orang selak muka surat buku*

hehe.nak buka buku baru ini. dengan harapan semua orang sudi jadi penghias cerita buku yang baru ini. tapi tak bermakna buku lama buang dalam laut. tetap menjadi rujukan untuk resipi buku baru ni. hek. apakah analogi aku ni? aduhaii bahasa! ke laut! maafkan ku duhai semua pensyarah bahasa ku!

hey! yeay. penghias cerita baru dah ada. sori taw! hah. mula la tu nak tahu. takpe, awak awak awak semua pun boleh jadi penghias cerita baru ni. 



*clap clap*

good girl shaza. semakin hari semakin matang. teruskan usaha itu tau!

*muka bangga*


till here.

kbai!


ps ; lalala. hailah readers. i love you all lah!

Sunday, June 10, 2012

selalu terlupa nak letak title.HAHA


asalamualaikum! 
hikhik. maaf maaf maaf. itu bukan saya dan incik suami. itu one of my ermmm my apa ek? ok, my geng lah. geng bergelak ketawa, geng gosip, dan yang pasti geng main gordang 9. hehehe. and one more. geng makan cendol. hikhik. *eh aku tak makan tau cendol yang hijau tu.*

cantik tak shoot saya? ouh ouh. yea. aku kan. AMATUR, xdapat lah nak lawa lawa macam orang lain yang dah pro.huhuh. asal boleh. and hey, belajar dan terus belajar.

*sigh*

perasan tak? macam dah jarang jarang update blog? yeah. sebab dah malas malas nak bukak lappy. tah lah kenapa. and hey! aku pun dah jarang buka page FB orang. HAHA. selalu redah news feed je. bosan lah. *sila boooo le me*

ok. nak sambung tonton running man. malam nanti nak stay up. espana kot malam ni. HAHA

till here.

kbai!




ps 1; apa beza tak suka dan benci?


ps 1 ; eh eh. lagi sebulan!

Saturday, June 9, 2012

hello!

asalamualaikum!

yes. it is me again. oke. guess! yeay! i am going to write write and write. and hey, im sorry if my grammar ke laut china selatan. and hey, have i mention(ed) that i'll used english when i am very angry? so, am i angry? 











yes i am! hoyyyyyy! ape hal ni. cubalah euro tu buat pukul 9 waktu malaysia ke, kul 10 waktu malaysia ke, takdelah aku nak ter kuap kuap esok pagi nya menahan kantuk. blerghh.


boleh blah shaza. kau tunggu la euro tu buat kat Malaysia ek. denngggg!





kbai.



ps ; kalau rasa nak sesuatu dari aku, cakap ar! deng! bukan susah pun.

Wednesday, June 6, 2012


" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 


reminder for myself.
asalamualaikum!

hey korang. rindu ek? alahai. cakap jelah rindu. mengaku kan lebih elok. hehe. maaf, maaf dan maaf. dah lama sangat tak update belog ni. ehh, tak bersawang pun macam korang korang. tehee.

ouh. berkenaan gambar di atas. taken at sungai besar.syiok. and yes. shoot di atas ketika panas terik. and yes TANNED habis! blerghh.

buat apa cuticuti malaysia ni? masing masing senyap je. busy? hell yeah. macam hal nak buat kan. especially jenjalan. aku? yeay me. duduk rumah. ternak badan. nice kan?

till here ek. nanti sambung bebel lagi. nak layan game. zombie cafe. hehe. terbaik!

see you soon.

kbai!


ps ; im not that fat okeh. just blame the baju kurung. blerghhhh.