Tuesday, March 4, 2014

Belasungkawa.

Salam alayk.



Nothing. But i really really need to write bout this.  Abang, Mohd Firdaus Mustafa. 241089-303014. Abang angkat. Jarang lelaki aku panggil abang, abang bila borak berdepan. Sebab, entah. Awkward. Tapi bukan Abg Daus. Lancar je panggil Abg, abg. Sebab memang dia abang.

Lama abg dgn kak Zati. Banyak kali bising nak kawen nak kawen. Redha jela layan. 7 Februari, hah kawen lah ngko abang. 8 Feb, resepsi. Mahap lah abang. Tak dapat dtg. Janji, datang resepsi Segamat. Hah ngko. Sampai! Alhamdulillah. Dapat tengok abang hepi dah kawen. Lolololol. Takde lah bising nak kawen nak kawen lagi.

Abg. Syukur abg dapat. Nikmat berumahtangga tiga minggu sebelum abg pergi.

Seminggu sebelum kawen. Abg bebel. Kata busy tak dapat tolong kakzati setel pasal majlis. Alahai. Kakzati ironwoman kot. Haaaa. Ape de hal. *sebak* Abg kata, nanti lepas kawen TAKKAN tinggal kakzati. Alolololo. Takdenye abg tinggal kakzati. Tak. Setakat kije kat Lumut. Kakzati kat KL. Ape de hal. Woahhhh. Ayat sedapkan hati gua kata kat abg.

Takkan tinggal kakzati. *nangis* Ye. Org tau abg tunai janji tu. Tau. Sebab abg ada dengan kakzati sekarang kan? Sampai bila bila abg dgn kakzati kan?

Abg. Kakzati kuat sangat. Sangat! Tapi, berat mata memandang. Berat lagi bahu memikul. Kan? Terkesannya bila abg sampai rumah segamat, ayah abg peluk tetamu yang ada 'anak aku dah takda. Anak aku takda dah. Apa aku nak buat ni?'. Belum mak abg lagi. Adik adik abg. Haaaaaa. Lagi sedih diorang kan.

Abg kata kawen cecepat, abg nk buat kacau majlis korang. Abg kata jangan gemok sangat, kang nak naik kereta pun susah tak muat. Abg kata jaga diri bebaik jaga hati, jangan asyik merajuk nanti susah Meor nak pujuk *hahahaha relevan sangat abg oi*. Abg kata kalau ada orang kacau bagitau abg, nanti abg bom dengan anak anak kapal abg. Hahahahahaha. Abang abang. Banyak abang kata.

Banyak.

Abang. Semoga abg tenang kat sana. Tuhan Maha Adil. Dia amik abg cecepat. Dia taknak abg lalui hari mendatang yang belum kita tahu baik ke buruk. Dia sayang abg. Abg jaga diri. Abg tunggu kakzati ye abg. Kakzati kuat.

AlFatihah.